berita

‘Mengapa Jadi Isu Besar? Cukuplah Aibkan Nama Saya’ – Isu Kontroversi Jantina, Ini Respon Sajat

January 21st, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Siapa tidak kenal usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat yang sering dihimpit pelbagai kontroversi hangat. Sebelum ini, ada aduan mendakwa Sajat sebenarnya seorang lelaki dan mahukan pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan untuk membendung aktiviti maknyah di Malaysia.

Artikel berkaitan : Sebulan Untuk Tahu Jantina Sajat, Jakim Nafi Telefon Individu Beri Jawapan

Tidak berdiam diri, Sajat memberikan respon kepada kontroversi ini. Kata Sajat, cukuplah aibkan dirinya.

Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan

Menerusi laporan Harian Metro, Sajat enggan mengulas lanjut dan mahu orang ramai berhenti mengaibkan dirinya kerana dia juga perlu menjaga hati ibubapa dan keluarga.

Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya.

Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini.

Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan.

Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa.

Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar.

Tambah Sajat lagi, dia kesal dirinya dilayan sedemikian rupa sehingga imej tercalar.

Isu jantina, ibarat isu besar negara

Di facebook, sebuah akaun bernama Nursajat Kamaruzzaman ada memuatnaik status mempersoalkan mengapa isu jantinanya menjadi pendebatan orang ramai. Sedangkan terdapat banyak lagi isu penting yang lain seperti ekonomi, mata wang dan sebagainya. Tambah Sajat lagi, isu jantina ini langsung tidak menjana kepada pendapatan dan ekonomi negara.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×