berita

Menteri Tegaskan RTM Takkan Mainkan Lagi Lagu Despacito Berkuat Kuasa Serta-Merta

July 20th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini ada pihak yang menyuarakan rasa kurang senang dengan lagu popular Despacito kerana liriknya didakwa mengandungi unsur lucah.

Artikel Berkaitan : Hentikan ‘Zikir’ Despacito – Lagu Simbolik Kejahilan Yang Membawa Maksud Perlakuan Seks. Betul Ke?

Terbaru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta merta siaran lagu Despacito di semua stesen radio dan saluran Televisyen miliknya.

Tarik balik Despacito

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta.

Lagu Despacito yang menampilkan penyanyi Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber itu kini memegang tempat teratas dalam carta Hot 100 Billboard.com selepas 26 minggu berada dalam carta tersebut.

Boleh dikatakan lagu ini antara lagu yang sering dimainkan di setiap corong radio di Malaysia ketika ini.

Sumber : Bernama

SKIP THIS AD ×