berita

Menu Ringkas Dan Sedap Untuk Korang Bulan Ramadhan Ni. Campak-Campak Je Dah Siap!

May 16th, 2018 | by Azyanshor
Foodies

Bulan puasa ni kita kenal kekalkan hidrasi badan kita. Selain dari minum air, korang jugak boleh makan sup untuk berbuka puasa! Tapi pastikan korang masak sendiri untuk makanan yang lebih berkhasiat!

Jom tengok antara resipi yang mudah untuk korang masak bulan puasa ni. Potong-potong, masukkan dalam periuk, lepastu dah siap!

Stew ayam

Stew ni ada macam-macam cara untuk korang masak. Tapi cara ni yang paling mudah! Kalau korang rasa nak makan sup tapi taknak rasa sup biasa tu, menu ni paling ngam lah!

Bahan-bahan:
  • 300-500 gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 labu bawang besar – dibelah 6
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – dihiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos lada hitam- (boleh guna serbuk lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk)
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula
Sayuran:
  • 2 biji tomato dipotong baji
  • 1 biji kentang – belah 8
  • 1 batang lobak merah
  • Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan juga halia hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram. kicap manis. sos tomato dan sos lada hitam.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit air sekiranya perlu.
  • Biar seketika hingga ayam sedikit kecut.
  • Masukkan air, kiub pati ayam dan kentang serta lobak merah.
  • Biar hingga empuk.
  • Masukkan tomato dan air bancuhan tepung jagung.
  • Rasakan masin dan manisnya.
  • Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dapur.
  • Hidangkan bersama hirisan daun bawang dan daun sup.

Sup Ayam

Menu ni bukan je senang dan sedap, tapi bau sup ni juga boleh menaikkan selera tau. Boleh juga tambahkan lobak merah, kentang dan macaroni. Fuh, budak-budak mesti suka.

Bahan-bahan:

  • 1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
  • 3 biji kentang (potong kecil)
  • 1/2 biji carrot
  • 4 biji bawang merah/kecil
  • 1 biji bawang besar (potong kecil)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • Kiub pati ayam Knorr
  • 1 bungkus sup bunjut
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • Air 1 liter

Cara-caranya:

  • Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Bila dah naik bau, masukkan ayam dengan api sederhana.
  • Tunggu dalam 8 minit dan masukkan carrot dan kentang.
  • Selepas 10 minit, masukkan air.
  • Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan kiub pati Knorr dan sup bunjut.
  • Siap! Kurang dari setengah jam dah siap.

Jangan lupa tunggu carrot dan kentang lembut tau!

Bubur ayam!

Siapa kata bubur ni untuk orang sakit je? Ish, bubur ni time cuaca sejuk memang onz sangat tau. Letak je dalam periuk nasi, letak bahan-bahan dan biar masak. Sambil-sambil korang buat kerja rumah pun dah boleh siap bubur ni.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 4 biji bawang putih
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • 300gm isi ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air

* GARNISH *

  • lada merah
  • daun sup
  • sedikit mninyak bijan

Cara-Cara:

  • Basuh beras, masukkan ayam, halia dan bawang putih.
  • Masukkan air sampai hampir penuh.
  • Masukkan kiub pati ayam Knorr. Biarkan masak didalam periuk nasi selama 1 jam.
  • Untuk hidangan, taburkan lada merah, daun sup dan sedikir minyak bijan.

Tomyam Campur

Ada beberapa cara untuk masak tomyam ni. Tapi nak dapatkan tomyam yang pekat macam kat kedai tu memang susah. Selalu tak jadi. Apa kata korang try resipi ni pulak? Sure terangkat!

Bahan A – Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • 2 sudu perencah tomyam
  • Pelbagai sayuran
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 biji limau kasturi
  • Air
  • Garam & gula

Cara-caranya:

  • Tumis bahan A sehingga garing.
  • Lepas tu masukkan perencah tomyam.
  • Gaul sehingga sebati. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  • Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika.
  • Akhir sekali, perah limau kasturi.
  • Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato. Siap untuk dimakan.

Mushroom Soup

Jangan kata mat salleh je boleh buat mushroom soup ni tau. Semua orang pun boleh buat. Tak susah mana pun resipi ni. Kalau korang buat mushroom soup ni untuk family, makan pulak dengan chicken grill memang ngam teruk buka puasa korang!

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 800ml susu segar
  • 1-2 kiub pati ayam Knorr
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
  • sedikit serbuk perasa

Cara-cara

  • Tuangkan air dan susu ke dalam periuk.
  • Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.
  • Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang.
  • Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam.
  • Kacau lagi dalam 10 minit.
  • Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul.
  • Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebati. Reneh lama sikit supaya semua bahan dimasak elok dan siap!

Senangnya! Semua bahan hampir sama pulak tu!

Memang mudah je nak masak menu ni semua dan disebabkan bahan masakan semua hampir sama, korang boleh lah beli sekali. Kan jimat tu!

Kalau korang perasan semua menu ni ada kiub pati ayam. Kenapa? Sebab kiub pati ayam ni memang penambah perasa! Tak lengkap menu korang kalau tak ada kiub pati ayam ni. Nak lagi sedap guna lah kiub pati ayam Knorr!

Kalau korang masak makanan yang jenis sup ni memang boleh membuka selera ketika berbuka puasa tau! Campuran pelbagai bahan dari sayur hingga ke ayam tu, membekalkan khasiat yang bagus untuk badan kita.

Bukan tu sahaja, bila korang letak je kiub ayam Knorr, aroma makanan tu terus naik!

Tak percaya yang sup ni boleh jadi pembuka selera? Ha, jom saksikan drama mini bersiri yang memaparkan bagaimana Wawa mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan resipi supnya yang penuh rasa. Dibawakan khas oleh Knorr!

Boleh beli kat mana kiub Knorr baru ni?

Ha..mesti korang tak sabar nak dapatkan kiub Knorr berwajah baru ni kan? Korang boleh dapatkan kiub Knorr ni di Tesco hari ini jugak!

Klik je kat sini! Korang jugak boleh usha FB Knorr, klik sini je!

The following two tabs change content below.

Most Read Today