berita

‘Mereka Fikir Peserta Perlu Pakai Bikini, Jawapan Saya…’ – Finalis Ratu Cantik New Zealand

June 8th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nurul Shamsul merupakan gadis Melayu pertama yang berhijab disenarai pendek sebagai finalis Top 20 dalam Miss Universe New Zealand. Penyertaannya dalam pertandingan ini telah mengundang spekulasi dari netizen apabila membabitkan acara memperagakan pakaian renang (bikini) yang ternyata tidak dibenarkan dalam Islam.

Bagaimanapun, kenyataan gadis ini membuka mata masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pertandingan tersebut yang sering kali dikaitkan dengan pemakaian bikini.

Acara bikini telah dimansuhkan

Dia turut menjelaskan acara peragaan pakaian renang bagi pertandingan Miss Universe New Zealand telah dimansuhkan sejak 5 tahun lalu.

Saya tahu di Malaysia, peserta beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik seperti ini kerana mereka fikir peserta perlu memakai bikini. Satu soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah jika saya perlu memakai bikini, jawapannya tidak. Acara itu sudah dimansuhkan lima tahun lalu, jadi saya tidak perlu memakai pakaian itu.

Saya diberi layanan yang baik

Miss Universe New Zealand amat berbeza, saya dibenarkan untuk memakai apa sahaja pakaian yang saya mahu ketika sesi penggambaran.

Penganjur Miss Universe New Zealand cuba menjadikan pertandingan itu lebih moden dan exclusive. Malah, acara peragaan bikini dimansuhkan oleh pihak penganjur bagi menghentikan amalan menghakimi wanita menerusi penampilan tubuh badan mereka. Pendekatan itu turut menjadi ikutan penganjur Miss Universe AS yang membuat keputusan untuk memansuhkan acara memperaga pakaian renang tahun depan.

Di negara seperti New Zealand, kami menerima kepelbagaian. Oleh kerana kepelbagaian budaya, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah, gangguan atau kesukaran apabila tampil berhijab. Dan sudah tentu ia tidak menghalang saya untuk menyertai pertandingan ini. Bahkan semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand ketika ini, penganjur turut menyediakan makanan halal untuk saya. Alhamdulillah, saya amat terharu dengan layanan yang diberikan.

Menggayakan baju kebaya di pentas akhir

Ketika kebanyakan peserta lain memilih untuk memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan ideal untuk sesi temubual bersama media di New Zealand, dia hanya sekadar menyarung baju kebaya yang dibelinya sembilan tahun lalu.

Saya beli sembilan tahun lalu di Malaysia. Saya suka baju itu kerana ia tidak ditelan zaman dan menonjolkan budaya saya kepada masyarakat di seluruh dunia. Saya pakai untuk acara makan malam. Saya suka reka bentuknya. Ia menunjukkan sisi feminin saya dengan corak bunga dan juga warnanya.

Terima kasih kepada yang menyokong saya

Sekiranya Nurul Shamsul mara ke pentas final, dia berhasrat untuk menggayakan baju kebaya bagi mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia.

Alhamdulillah kebanyakan reaksi orang ramai amat positif. Semua orang memberi sokongan kepada saya. Saya amat bersyukur dan gembira dengan sokongan anda semua.

Sumber: mStar Online, Nurul Shamsul

SKIP THIS AD ×