berita

“Mereka Kekuatan Saya” – Perkongsian 3 Wanita Ini Bukti Cinta Ibu Adalah Sejati

May 7th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Melahirkan dan membesarkan anak adalah kenangan paling indah buat seorang insan bergelar ibu. Siapa je tak seronok melihat mereka membesar dengan telatah lucu tanpa henti setiap hari? Indahkan? Apatah lagi bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, nak uruskan anak lagi, kerja lagi, kemas rumah lagi…

Macam mana mereka hadap semua tu? Salah satu kuncinya, adalah pandai membahagikan masa dan cekap dalam melaksanakan tugas. Mesti enjoy layan kerenah anak-anak! Jom kita dengarkan perkongsian suka duka dan cabaran ibu-ibu ini dalam membesarkan anak-anak mereka. Sebak kami baca…

Sentiasa tak cukup masa. Kalau boleh mintak lebih masa dengan Tuhan…

Siapa pernah cukup masa. cakap dengan admin! Sama macam Wan Musfirah Aimi, 34, beliau sentiasa tak cukup masa bila menguruskan anak-anak. Bila hari kerja, dia terpaksa bangun jam 5 pagi, kejutkan anak, basuh dan sidai baju serta memastikan beg sekolah lengkap. Lepastu, barulah sediakan sarapan. Tu pun dah berapa jam!

Lagi sebak bila 3 tahun dulu, Aimi pernah disahkan menghidap penyakit kanser, dan dia merasakan banyak kelemahan dalam dirinya. Ini kerana dia tak tahu berapa banyak masa yang tinggal untuk diluangkan bersama anak-anaknya. Jadi, beliau banyak gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk bersama anak-anak…

“Kalau boleh mintak sesuatu dengan Tuhan, saya nak mintak lebih banyak masa untuk bersama diorang. Tercapai atau tak, hanya Tuhan yang tahu…”

Besarkan anak seorang diri. Kadang happy, kadang sedih…

Lain pula diari hidup Natalie Hussin, 36, yang dianugerahkan 3 anak perempuan dan sehingga kini, beliau membesarkan anak seorang diri tanpa suami di sisi. Katanya, memang banyak cabaran, tetapi beliau beruntung ada kawan-kawan, keluarga dan anak-anak, itu sudah besar maknanya buat dirinya…

“Walau apa orang cakap, saya kena terus positif untuk anak-anak. Mereka kekuatan saya… Lagi pun, ibu mana taknak anak berjaya kan?”

Bila ada anak, kehidupan bertukar 180 darjah

Kan kami kata tadi, bukan senang nak didik anak… Ibu kepada 3 orang anak, Normayani Isia, 32, pun bersetuju dengannya. Beliau berkata, kehidupannya bertukar 180 darjah sejak ada anak kerana setiap pagi beliau sibuk dari buat kerja rumah, jaga anak, memasak, basuh baju dan sebagainya…

“Sesibuk mana pun, sarapan penuh nutrisi penting untuk anak-anak. Jadi, setiap pagi saya akan bagi mereka sarapan seperti sandwich untuk proses tumbesaran yang lebih sempurna”

Semestinya ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Justeru, korang pasti perlukan…

Ibu mana taknak yang terbaik untuk anak-anak kan? Mereka sanggup lakukan apa saja walau terpaksa berkorban sekalipun… Tiada ibu yang sempurna, hanya yang sejati menyayangi anak secara telus. Sebab itu, perkara kecil pun patut dititikberatkan, antaranya menyediakan makanan terbaik dan menyihatkan dengan Lady’s Choice!

Kalau korang seorang ibu dan ada anak-anak, dapatkan Lady’s Choice dengan pek baharu untuk penyediaan sarapan dan juadah lebih berkhasiat! Diperkaya dengan 100% ramuan asli Omega 3, pastinya sarapan anak-anak korang lebih enak dari biasa!

Jangan lupa ya dapatkan Lady’s Choice dengan pek baharu yang lebih ceria di kedai runcit berhampiran yang mengambil bahagian. Layari laman Facebook Lady’s Choice untuk update dan info lanjut mengenai produk Lady’s Choice

Kami faham waktu sarapan adalah aktiviti yang paling penting untuk tumbesaran anak-anak. Jom buat sarapan pagi untuk anak-anak korang dengan resipi INI!

Jom tengok sikit apa yang dimaksudkan dengan ibu sejati Lady’s Choice…

Sempena Hari Ibu ni, Lady’s Choice ada buat peraduan juga tau!


Jom manjakan diri korang dengan rawatan spa Thai Odyssey melalui Peraduan #IbuSejati mereka. Layari laman web INI untuk terma dan syarat. Macam mana nak join?

Langkah 1: Tangkap satu gambar bertemakan Hari Ibu
Langkah 2: Muat naik gambar di akaun Facebook/Instagram korang dengan caption “Bagi saya, sebagai seorang ibu adalah…” dan sambung caption ni ikut kreativiti korang!
Langkah 3: Hashtag #IbuSejati di akhir caption

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×