berita

Misha Omar Geram, Nafi Gosip Ingin Saman Penganjur

September 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-09-02 at 11.31.45 AM

Hari minggu semalam (1 September), tiba-tiba sahaja muncul berita mengatakan seorang penyanyi iaitu Misha Omar ingin menyaman pihak penganjur Konsert Jelajah 3 Permata. Umum tahu konsert ini adalah gabungan tiga orang penyanyi popular iaitu Misha sendiri, Adibah Noor dan juga Jaclyn Victor.

Menurut artikel Utusan semalam, konsert itu yang telah dijadual untuk dipersembahkan ke 6 buah negeri terpaksa dibatalkan kerana penganjur mengalami sedikit masalah. Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai isu saman tersebut.

Namun selepas gosip itu disiarkan, Misha tidak hanya berdiam diri. Melalui laman Twitter-nya, Misha secara terang menafikan dakwaan ingin saman tersebut dan mendedahkan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menyaman penganjur Konsert Jelajah 3 Permata.

Screen Shot 2013-09-02 at 11.06.47 AM

Misha Omar dalam kenyataannya di laman Twitter turut menyuarakan rasa kecewanya apabila isu saman yang tersebar ini dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Screen Shot 2013-09-02 at 11.07.24 AMMisha turut menambah bahawa kenyataaan itu juga sama sekali bukan dari pengurusnya.

Screen Shot 2013-09-02 at 11.07.07 AM

Screen Shot 2013-09-02 at 11.33.26 AM

Bawa bersabarlah ya Misha, sudah lumrah menjadi selebriti. Gosip tak mengenal artis. Kan?

 

SKIP THIS AD ×