berita

MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak Yang Berlagak?

January 26th, 2015 | by Wan | 30 comments
228
reads
1
shares
Isu & Kontroversi

virus1

Diam tak diam rupanya Maharaja Lawak Mega 2014 sudah sampai ke peringkat suku akhir yang menyaksikan 6 kumpulan masih bersaing merebut tiket final.

Pada malam jumaat yang lalu, kumpulan Zero paling mencuri tumpuan apabila berjaya menggamatkan suasana Dewan Teater Shah Alam melalui dua sketsa hebat mereka. Namun nasib berbeza menimpa kumpulan Virus. Sudahlah persembahan hambar, Zizan siap melawan cakap juri?

Buat Salah Tak Apa Tapi Jangan Berlagak – Fazura

fazz

Malam bertemakan ‘Silent Comedy’ dan ‘Karoot Komedia’ benar-benar mencabar kreativiti kumpulan yang bertanding apabila terpaksa melawak tanpa mengeluarkan suara dan menyelitkan elemen dikir barat dalam persembahan mereka.

Persembahan kedua Virus untuk tema ‘Karoot Komedia’ disifatkan Fazura sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar. Namun reaksi Zizan yang boleh dikatakan agak biadap apabila menyampuk ketika Fazura memberikan komen mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penonton.

Selang sejam selepas berakhirnya pertandingan tersebut, Fazura dilihat seakan meluahkan rasa kekecewaaannya di laman Twitter dengan tweet ini.

tweettt

Dayang Yang Hitam

dayang

Bukan itu sahaja, tindakan Zizan yang mengaitkan Dayang Nurfaizah sebagai dayang yang hitam manis dilihat agak keterlaluan dan tidak disenangi peminat.

Bagi kami Zizan hanya sekadar melawak memandangkan Bocey sering tampil dengan konsep yang sama iaitu menggunakan fizikal Abam sebagai bahan lawak. Jadi tak ada masalah lah kan? Lagi pun Zizan sebut hitam manis, okay lah tu.

Elfira Patut Jadi Juri MLM2015

BAIM ELFIRA

Sepanjang berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2014 pada malam jumaat yang lalu, Elfira Loy antara selebriti yang aktif dalam menyuarakan pendapatnya mengenai pertandingan tersebut di laman Twitter.

Seperti penonton yang lain, Elfira jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pertandingan pada malam tersebut yang menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.

Namun tweet Elfira ini mengundang seribu satu pertanyaan. Agak-agak siapa yang dia maksudkan? Hurm.

elfira

Untuk korang yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan virus, berikut merupakan video persembahan mereka.

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

30 Comments

  1. minta dipuji says:

    Zizan tu dh basi. Lawak pun dh basi. Jd bila d kritik xdpt nk trima dh. Memang perangai bikin panas. Btl la apa fazura tweet tu..tiada siapa yg peduli dgn fame artis2 ni. Tetap jgk taik xwangi. Haha!

  2. milo says:

    gila ke nak keluarkan virus?? sebab apa? sebabnya, Kit Kat kan penaja utama MLM. Kalo Virus (Zizan) tersingkir, seolah-olah membuang duta Kit Kat a.k.a penaja utama MLM. Takkan Astro nak buat macam tu kot? Sponsorship besar tu…

  3. suka maharalawakmega says:

    mcam perasan jugak..zizan mcm dh berlagak..klau pengacara dr radio sinar sebelom dorang wt psembahan tu tanya zizan ni..jawapan dye mesti mcm angkuh sikit…hurm…xperla,…mungkin zizan tengah selesa skang..harap zizan boleh berubah…

    -dulu minat zizan…sekrang dh xminat
    -saya orang terengganu…plz zizan..please..jgn malukan org trganu,,,huhu

  4. JoJambul says:

    ” Bagi kami Zizan hanya sekadar melawak memandangkan Bocey sering tampil dengan konsep yang sama iaitu menggunakan fizikal Abam sebagai bahan lawak. Jadi tak ada masalah lah kan? ”

    Admin murai nie x yah la tunjuk bengap+bodoh sgt..abam tu dah tentu2 ahli kumpulan bocey..maknanya abam dgn rela hati terima group die buat lawak mcm tu..dayang nurfaizah x de kene mengena dgn kumpulan virus or zizan so mmg biadap la kalau ckp mcm tu..zizan mmg buat lawak merepek la..this season virus adalah kmpl yg plg teruk but still blh stay kat MLM.everytime virus bottom 3 mst x de penyingkiran.permainan astro..

    • Tipah Kurma says:

      Zizan nak kata dayang hitam macam laa dia putih sangat..
      sah sah laa kulit kepok lekor…
      hitam2 dayang pon ada class taw…

  5. LANUN TERSEPIT says:

    AKU MEMANG HERAN KUMPULAN VIRIS MMG X LAWAK LANGSUNG!!! LAWAK SYOK SENDIRI. ADA GROUP YG TERKELUAR TU LEBIH LAWAK DR VIRUS. ASTROK MMG PANDAI GUNA POPULARITI ZIZAN TU. KALAU NAK DIKIRA DGN JARI BERAPA SGT LAWAK KUMPULAN VIRUS TU. YG BYK KRIKK KRIKKK JER.

  6. katakan tidak says:

    Say NO to VIRUS…

  7. idolfan says:

    ” Bagi kami Zizan hanya sekadar melawak memandangkan Bocey sering tampil dengan konsep yang sama iaitu menggunakan fizikal Abam sebagai bahan lawak. Jadi tak ada masalah lah kan? ”

    NO, its NEVER okay to make fun of fizikal orang lain. Jgn samakan Bocey dlm hal ni, sbb Bocey CHOSE to make fun of THEMSELVES. In this case, Zizan made fun of Dayang Nurfaizah and it was not funny at all. Not a bit. Rude, and tasteless.

  8. tebe says:

    Aku mmg x ngok program bodo cam ni.

  9. palehotak berjambul says:

    Juri-juri yang dipilih pun berdasarkan populariti bukan bakat sgt pun. poorahh…

    • Jenab says:

      abis tu ko ingat org ramai tgk MLM2014 tu semata2 nk tengok zizan buat lawak syiok sendiri ke? klau juri2 jenis populariti sangap, mcm mana pelawak2 syiok sendiri cam zizan tu nk dpt air-time?

  10. Jenab says:

    Jenab susah nk komen pasal tweet si fazura ngan elfira tu psal kes2 tweet ni terlalu am, kekadang kita x tau pon diorang ni merujuk kpd situasi yg apa, takut diorang tweet psl benda lain. malas je jenab nk collect dosa kering main serkap jarang.

    tapi! Jenab mmg nk komen pasal kes virus ZIBU (Zizan+Jambu). Selepas penyakit leptospirosis akibat banjir, ZIBU ni mmg dah lama Jenab monitor sbb mcm ancaman pd ketenteraman awam terutama para penonton MLM2014. Jenab x paham langsung la dgn astro ni kekadang. Bila je si virus ZIBU ni terkeladak dlm tiga tercorot, terus tiada penyingkiran. Dah lebih dari sekali kot, bila virus ZIBU terkeladak, terus tiada penyingkiran. So, Jumaat ni mesti akan ada DUA penyingkiran, sbb senang skit nk bg laluan pd virus ZIBU dan Nabil kot? Cuba korang tengok kualiti lawak virus ZIBU ni, langsung x lawak. Untuk adil, mmg ada satu atau dua kali dimana lawak mereka mmg menjadi tetapi dlm kebanyakkan kes khasnya dua minggu lepas, mmg x jadi langsung. budak sekolah lg kreatif kot.

    lawak diorang ni mmg mcm setakat buat ala-kadar je, tahap lepas batuk kt tangga, nmpk mcm xde usaha langsung. Jenab nk senyum pon susah, inikan plak nk gelak ketawa. pastu cuba korang perhatikan, ada kalangan penonton/penyokong virus ZIBU ni, suka betul menjerit terlolong2 bila virus buat persembahan padahal xde apa yg lawak pon. Jenab rasa itu cuma strategi riuh-rendah mcm nk bg tekanan pd para juri supaya bg bintang lebih. klau ada juri berani nk bg kurang, nanti siapla kena persoal nape bintang ckit sedangkan ramai penyokong yg gelak riuh-rendah. abis tu dh penyokong virus, xkan diorang nk ‘boo’ kot? kumpulan lain pon penyokong diorang bising, tp sbb lawak diorang menjadi.

    lg satu yg Jenab selalu sgt nampak ialah anggota virus ni, kalau juri2 bg pendapat, diorang suka buat muka tembok x kisah mcm diorang terpaksa je dgr n xde kesan pon. mungkin sbb virus ZIBU ni tahu diorang xkan disingkirkan walau apa pon berlaku x? sbb tu buat dunno je?

    minggu lepas, lawak virus ZIBU ni dahle x kelakar, bersifat menghina pon ada. bab “silent comedy” hancus, bab “karoot komedia” mmg langsung karut, dahle x kelakar. zizan razak siap boleh cakap lg dayang yg hitam tu nama dia dayang nurfaizah. pehal nk hina org sampai mcm tu? patutla kena saman setengah juta dgn marina juki. At least kan zizan, dayang nurfaizah tu mmg ada kredibiliti dan eset suara yg baik, ada kareer sendiri, xdelah mcm girlfriend ko tu yg mmg xde produk langsung!! cheap publicity je lebih, satu famili kot lebih sudu dari kuah. klau nk kira aspek bakat la kan, zizan + emma pon blum boleh challenge dayang nurfaizah.

    kalau nk hina sgt bentuk fizikal org lain, Jenab rasa zizan razak ni sebenarnya hasil eksperimen sains yg x menjadi. mungkin ada saintis nk klon tikus mondok tp eksperimen failed tu yg terus dpt zizan razak. klau bab physical attractiveness, Kamal Adli tu jauh lebih sejuk pd mata berbanding ngan tikus mondok jadian mcm zizan tu. amacam? kelakar kan? itu Jenab ikut contoh perangai zizan razak, jgn marah Jenab.

    patut pon masa MLM tu fazura tegur mcm tu, mmg lawak virus bodoh, menghina dan mcm nak paksa org gelak. tp Jenab x paham nape fazura x nk highlight sikap buruk zizan yg hina dayang nurfaizah, patutnya bedal je biar zizan ni paham ckit air muka tu apa sebenarnya. ingat kelakar ke buat mcm tu, xde org pon gelak sampai para juri pon pandang masing2. dpt 2 bintang tu pon sbb kesian kot, klau Jenab 1 bintang pon belum sbb bg contoh buruk pd budak2. barisan juri MLM 2014 ni mmg jenis yg x kisah kot buat keputusan x popular, dan bagus pon mcm tu sbb klau nk kira undi2 ni, dh mmg la ZIBU tu bleh selamat sbb ramai pengundi kot. tu yg muka buat dunno je n lawak ala kadar je.

    Jenab mmg nk terus monitor MLM ni, mcm ada pilih kasih sgt pada virus. harap2 astro jgn buat bukan2, takut nanti inilah kali terakhir buat program MLM ni sbb org ramai dh meluat sgt.

    P.S. nape TV3 rasa terpanggil nk buat siarang ulangan AJL29 tanpa mesej Que Putih, hari Sabtu lepas? mungkin astro bleh buat siaran ulangan MLM tanpa virus?

    • Leptopikus says:

      Klon tikus mondok?? Puhahahahhahaha!! Win jenab win!!

    • emah kembong says:

      zizan ni ingat dia bagus sgt? perlu ke nk hina2 dyg norfaizah mcm tu? ko tu model calvin klein ke? klakar ke buat cam tu? aq sokong fazura buat cam tu, kene ajar cket mamat x tau untung nie. dulu zizan kunun tertekan kene saman separuh juta sbb langgar kontrak, buat kt org lain x hengat! booooooooo!!!

    • cadbury lg sedap! says:

      ala jenab, zizan + jambu tu mmg la dpt special treatment. slalu je terselamat dr penyingkiran. bukan stakat sbb kit-kat tu penaja mlm2014 kot, tp zizan ni retis sape? bukan ke zizan dituduh langgar kontrak sbb join ASTRO TALENT walaupun masih terikat dgn wireframe sdn bhd? support tindakan fazura. moga2 jumaat ni virus kene kick-out. cadbury lg sedap dr kitkat!!

  11. paling aku xsuka ketika juri mmberikan komen semua nak jwab/mencelah sbb semua dah ada nama..cer buat mcm dlu2 sblum terkenal bila juri komen diam..so nmpk profesional skit….betul laa apa kata fazura tu aku setuju tgk muka dia pun kita dah tau ..so dapat 2 bintang huhuhu nasebek 2 bintang kalo xda bintang huhuhhu

  12. AkuTengok MLM says:

    Yelah..
    Time zizan sebut nm Dyg Nurfaizah tu..
    Lgsung tak lawak..mcm mghina pulak..
    Hmmm..zizan..lain kli jgn main ckp lepas je..
    Dh tak lawak dh..
    Sejujurny..lawak virus mcm syok sendiri..
    Tgelak2 sendiri tas pentas..ape yg lawak nye???

  13. cecibo says:

    apa susah next mlm jgn sorang pn vote virus tgk camana astro nk counter bile dh virus corot smpai final mean xde la mana2 group kena buang including nabil

  14. lezo says:

    Jual jela kete kau ngn begerleb mengong kau tu jijang..dgn kontroversi awek kau dan family dey ols tu. Boring meluat aku tgk.

  15. syyyhhhh says:

    yang lain saye setuju cik jenab…tp bab2 kejadian ni…jgnla ckp psl klon binatang ke apa…kan itu kejadian Allah SWT… x takut balasan ke pertikai kerja tuhan… DIA ialah sebaik2 pencipta. wallahualam

    • cadbury lg sedap! says:

      so zizan tu buat lawak psl warna kulit org lain tu apa? jatuhkan maruah org lain dlm tv supaya sumer org tgk tu apa? jatuhkan maruah org mlalui lawak bodoh tu apa? zizan mesti x takut pertikai ciptaan tuhan kan?

  16. Arekushila says:

    Yup sokong ngn tweet fazura..zizan da makin angkuh n sombong..tolong la xpayah poyo ..xkan selalu ada diatas kalo berperangai mcm tu..suka bila time zizan n johan ..not now..pasal dia hina dayang tu pun, xpatut la wei..ko pun xsempurna sbuk nk bahan owg lain..cer owg bahan gf ko emmma tu..bengang x ?? Tolong la xpayah poyo n sombong !!!!n

  17. Jongos says:

    nama pon VIRUS… belum pernah ada manusia yg suka kat VIRUS kecuali yg buat VIRUS tu sdr & yg suka sebar VIRUS. VIRUS ni buat menyemak & menyusahkan orang je. Kalau sepah tu ada jugak gunanya, koman2 pon bg makan kat ayam. yg kosong tu pon byk gunanya. kalau tak ada kosong, susah gak hidup. Jadi, Jauhi diri anda dari VIRUS.

  18. babyluv says:

    “kumpulan virus, malam ni lawak anda ntah hape2… mcm syok sendiri je.. so, sy bagi TAIK BINTANG”.. – Fazura

  19. mojo says:

    Ini dinamakan ARTIS lupa diri,kejutan kemewahan..kau ingat kau kaya boleh kekal,tampa pelajaran kaya kau tu sekejap aja.lama2 orang menyampah,kau korek harta kau sampai habis,dah habis mengadu kat Melodi,minta simpati.Pergi tengok balik masa kau mula mula muncul kat TV.

  20. Rose mawar7 says:

    Sebenarnya semua selebriti yg popular secara mendadak akan mula berlagak serta lupa diri. Terutama pelawak kerana mereka ini dari NOBODY terus to SOMEBODY. Ada juga yg sebelum popular bagus, saya minat tapi bila dah jadi selebriti VIP, bertukar kpd perasan dan over membuat saya meluat sprt Pak Nil.

  21. baloQ says:

    sebelum mula MLM dah agak dah…program ASTRO mestilah artis astro jugak yang masuk final…sepahtu, virus, shiro, nabil…xlawak xpa janji masuk final…bocey dgn zero confirm xkan menang…

  22. lezo says:

    Meh, sembang pasal bahan fizikal orang. Yang korang dok maki hamun bik mama tu bukan sama ke? Tepuk dada tanya diri sendiri la.

  23. Jujur says:

    Barulah Fazura bagi seadil2 penilaian pd Virus.