berita

Moga Allah Tinggikan Darjat Kita Di Syurga – Meninggal Dunia Ketika Berlatih, Ini Mesej Terakhir Tiote

June 6th, 2017 | by Wan | 0 comments
41.1K
reads
8.9K
shares
Serantau

Bagi peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris, nama Cheick Tiote ternyata tidak asing lagi buat mereka. Tujuh tahun bermain bersama pasukan Newcastle United, berita sedih menyelubungi semua apabila pemain tersebut disahkan meninggal dunia semalam setelah pengsan ketika menjalani latihan bola sepak.

Kematian pemain beragama Islam berasal dari Ivory Coast itu mengejutkan orang ramai. Seorang pengguna Twitter Yusuf AbuBakar, rakan allahyarham berkongsi mesej perbualan terakhir mereka yang sangat menyayat hati.

Mesej terakhir

Menerusi perbualan Whatsapp tersebut Tiote sempat mengatakan sesuatu. Antara kata-katanya “moga Allah tinggikan darjat kita di Syurga, bukan di dunia” dan “dunia akan berakhir/hanya sementara namun syurga kekal selamanya/tidak akan berakhir”.

Tidak sangka mesej ini bagaikan petanda allahyarham akan pergi buat selamanya. Tiote dikatakan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ucapan dari rakan & kelab dunia

Sumber : Twitter

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most read today

Recommended for you