berita

‘Mohon Maaf, Doakan Umrah Berjalan Lancar’ – Kontroversi Bakal Nikah, Fattzura Umum 23 Nov

November 15th, 2017 | by aizam | 0 comments
7.7K
reads
441
shares
Isu & Kontroversi

Nampaknya gosip pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi belum reda. Sejak dari malam tadi tidak putus-putus orang ramai bercerita tentang kisah hangat ini. Para peminat rata-ratanya sudah tidak tahan dengan spekulasi yang bertiup kencang di media sosial dan ingin mendengar sendiri penjelasan daripada pasangan tersebut.

Artikel Berkaitan:  Fazura, Fattah Dah Tunang Semalam? Khabarnya Bakal Nikah Di Mekah? Betul Ke?

Terbaru, Fattah dan Fazura telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk meredakan keadaan yang sedang hangat ketika ini. Tindakan tersebut sedikit sebanyak melegakan para peminat pasangan merpati sejoli ini.

Sidang media khas pada 23 Nov

 

Menurut kenyataan tersebut, mereka akan mengadakan satu sidang media khas selepas pulang daripada tanah suci Mekah pada 23 November 2017. Masa dan lokasi sidang media tersebut akan dikongsikan dalam waktu yang terdekat.

Kenyataan Fatah dan Fazura

Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

Terima kasih diatas doa yang diberikan

Fattah dan Fazura berterima kasih kepada para peminat yang mendoakan mereka dan berharap ibadah meraka diberkati serta memperoleh umrah yang mabrur.

Admin hanya mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan sama-sama kita bersabar kerana mungkin ada perkhabaran yang baik ingin dikongsikan oleh Fattah dan Fazura ini nanti.

Sumber: Astro Awani, Fattah AminFazura, Meletop