berita

Monday Music : Lady Gaga Lancarkan Single Baru, Applause

August 12th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-08-05 at 11.32.28 AM

Rasanya agak lama juga Lady Gaga menyepi dari muncul dalam mana-mana laporan media. Kalau anda perasan, sebelum ini tidak putus-putus lagu yang dinyanyikannya menjadi popular di kalangan peminat. Lihat sajalah dua album terakhirnya sebelum ini iaitu The Fame Monster dan Born This Way, keduanya penuh dengan lagu-lagu hits Lady Gaga.

Namun minggu lepas, selebriti berumur 27 tahun ini telah mula melancarkan teaser single terbarunya yang berjudul Applause. Tak cukup disitu, penyanyi ini turut melancarkan audio Applause tanpa vokal yang mempunyai sedikit elemen muzik trance didalamnya.

Lagu tersebut dipercayai akan dimuatkan didalam album terbarunya yang berjudul Artpop dan bakal dilancarkan pada 11 November ini.

Screen Shot 2013-08-05 at 11.32.13 AM

Album Artpop bakal dilancarkan pada 11 November ini

Kami pasti para peminat diluar sana sudah tidak sabar bukan? Jadi, apa kata kita dengar dulu teaser Applause dari Lady Gaga selepas ini?

https://www.youtube.com/watch?v=wgXGEp1DiEM

https://www.youtube.com/watch?v=DXIdxg51Ri4

SKIP THIS AD ×