berita

Thursday Trailer: “Monster University”, Apa Jadi Sekiranya Raksasa Masuk Kolej?

June 21st, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

“Monsters University” merupakan filem komedi animasi dari komputer dan ia telah melampirkan Billy Crystal dan John Goodman sebagai suara latar filem ini. Disamping itu, filem ini merupakan filem terbitan Pixar Animation Studios dan dibawakan oleh Walt Disney Pictures.

Filem ini berkisarkan, Mike Wazowski dan James P. Sullivan adalah dua ekor raksasa yang rapat, tetapi mereka sering tidak sependapat. Bermula daripada awal perkenalan lagi, kedua-dua ekor raksasa ini sudah tidak boleh duduk sebumbung. Jadi, di dalam filem “Monster University” ini, Mike dan Sulley telah mengatasi segala perbezaan yang wujud di antara mereka agar mereka boleh menjadi sahabat yang baik.

Filem “Monsters University” yang penuh komedi ini merupakan arahan Dan Scanion dan penerbitnya pula adalah Kori Rae. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 20 Jun 2013, dan akan ditayangkan dalam bentuk Disney Digital 3D di sesetengah pawagam yang terpilih.

“Monsters University” adalah filem prekuel kepada “Monster, Inc,” yang ditayangkan pada 2 November 2011 dan filem tersebut telah memenangi beberapa anugerah Oscar.

Untuk keterangan lanjut mengenai filem “Monsters University” ini, boleh layari website di www.disney.com.my atau follow di youtube.com/WaltDisneyStudiosMY. Selain itu boleh juga like di facebook.com/WaltDisneyStudiosMY.

Most Read Today