berita

Motosikal Dihias Ala-Ala Pelumba Dan Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Perlumbaan Cub Prix 2017!

November 23rd, 2017 | by Murni | 0 comments
75K
reads
17.3K
shares
Kini Trending

Yang minat dengan sukan permotoran mesti tahu tentang perlumbaan PETRONAS Cub Prix ni kan? Cub Prix ini bukan sekadar perlumbaan sebab ianya memperkenalkan ramai pelumba-pelumba Malaysia yang handal terlibat dalam perlumbaan ini. Gempak habis!

Baru-baru ini telah pun berakhir perlumbaan MotoGP dan Cub Prix yang sememangnya penuh dengan aktiviti yang menarik. Kepada yang mungkin terlepas untuk datang perlumbaan kali ini, admin akan beritahu sedikit tentang aktiviti yang telah diadakan. Memang fun!

Eh dengar-dengar boleh hias motor ala-ala motor rider, betul ke?

1. Penonton boleh hias motor ala-ala motor rider ikut kreativiti masing-masing. Comel habis!

Kalau korang mempunyai minat untuk menghias motosikal mengikut kreativiti tersendiri, boleh tonjolkan bakat korang! Nak hias ala-ala motor rider pun boleh tau! Macam-macam jenis aktiviti ada untuk korang semua. Kalau tak sempat join tahun ini, tahun depan jangan lupa ok.

2. Sesi istimewa bersama riders. Boleh selfie & minta autograph!

Tidak lupa kepada yang nak berjumpa dengan pelumba-pelumba terkenal tanah air. Boleh selfie, minta autograph atau nak bertanyakan apa-apa soalan kepada mereka. Akan ada satu sesi di mana korang semua boleh bersua muka bersama mereka.

3. Persembahan artis terkenal tanah air selepas perlumbaan berakhir. Bestnya!

Pengunjung juga dimeriahkan dengan persembahan oleh artis terkenal tanah air sebaik sahaja perlumbaan telah berakhir. Closing-ceremony la katakan.. Kemain riuh lagi eh!

4. Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik! BESTNYA!

Aktiviti Stunt Ride

Pertandingan mewarna yang sememangnya sesuai untuk kanak-kanak

Apa yang lebih menarik tentang perlumbaan PETRONAS Cub Prix 2017 ini adalah aktiviti seperti senaman dan kecergasan, perlawanan futsal secara terbuka dan pelbagai aktiviti menarik yang telah memeriahkan lagi perlumbaan PETRONAS Cub Prix tahun ini!

5. Nak check motosikal korang, sesi uji pandu pun ada. Wah, seronok betul!

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan termasuklah untuk yang ingin check keadaan motosikal masing-masing dan juga berpeluang untuk uji pandu motosikal yang ada. Memang rugilah kalau tak pergi Cub Prix tahun ni!

6. ‘Cuci mata’ dengan barangan ekslusif – produk cenderamata rasmi Kejuaraan Cub Prix pun ada

Bukan itu sahaja, semua pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan ekslusif seperti produk cenderamata rasmi Kejuaraan Cub Prix. Banyak produk menarik dengan harga yang istimewa tersedia. Boleh lah cuci-cuci mata. Hehe

7. Pameran PETROSAINS yang sesuai untuk seisi keluarga

Nak lebih meriah lagi bila pameran PETROSAINS oleh PETRONAS diadakan. Memang sesuai untuk bawa anak-anak tengok sendiri pameran Sains & Teknologi. Sangat interesting!

Nak tahu dari mana pelumba-pelumba tanah air dapat semangat yang begitu membara? Jom tengok video ini dulu! #PengejarImpian #PETRONAS

Pengejar Impian diterajui oleh satu siri filem pendek mengenai rakyat Malaysia yang mempunyai kecekalan dan dedikasi yang tersendiri dan luar biasa. Ia merupakan satu platform unik berkongsi kisah-kisah pelumba negara, pemilik/pengusaha pasukan, ketua pasukan dan sebagainya.

Apa yang best? Ia memfokuskan usaha, bakat, pengalaman dan perjalanan yang mereka lalui dalam dunia motosikal. Juga peranan serta sumbangan PETRONAS dalam merealisasikan impian mereka.

Kempen Pengejar Impian ini merupakan cara untuk menghargai rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan kepada mereka selama bertahun-tahun. Dimana ianya membakar semangat dan memberikan inspirasi untuk semua individu agar berusaha dan memiliki impian untuk mencapai kejayaan. Menarik bukan?

Jumpa anda tahun depan dengan perlumbaan yang lebih sengit dan banyak aktiviti yang menarik akan diadakan!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Pengejar Impian, korang boleh klik di link ini! (insert landing page of pengejar impian campaign)

Most read today

Recommended for you