berita

MTV World Stage 2013 : Robin Thicke Turun Malaysia!

July 26th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Robin-Thicke-robin-thicke-49292_569_365 (1)

Sempena tahun kelima konsert MTV World Stage Live in Malaysia diadakan, pihak penganjurnya bakal menampilkan penyanyi antarabangsa, Robin Thicke dan Far East Movement serta penyanyi tempatan, Joe Flizzow sebagai artis undangan mereka.

Konsert yang penuh berprestij ini difahamkan akan diadakan pada 8 September 2013 bertempat di Sunway Resort City, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri hampir 15,000 penonton.

Nampaknya, dengan kehadiran Robin Thicke di Malaysia, peminat akan semakin teruja untuk menyasikan persembahan penyanyi tersebut dan lebih menggembirakan lagi apabila pihak penganjurnya turut mengumumkan bahawa konsert sebegini akan diadakan di Sunway Resort City selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2013.

joeflizzow

Konsert ini turut dimeriahkan dengan artis tempatan, Joe Flizzow

Pada dasarnya, konsert MTV World Stage Live in Malaysia ini telah dianjurkan sejak tahun 2009 lagi dan ia bertujuan untuk menyatukan pelbagai genra muzik dalam satu konsert.

Selain itu, ia turut dijadikan sebagai satu platform untuk mengetengahkan jenama MTV bukan sekadar dikalangan peminat muzik di Malaysia, malah ia turut merangkumi hampir 154 buah negara yang mempunyai rangkaian serupa.

Untuk makluman, konsert MTV World Stage kali ini telah ditaja oleh beberapa badan korporat terkenal, antaranya adalah Sunway Group, Xpax, Suzuki, Astro serta beberapa rangkaian radio tempatan seperti hitz.fm, ERA fm, MY FM dan MIX fm.

Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert ini, anda boleh layari laman sosial mereka sama ada di Twitter, www.twitter.com/mtvasia , Facebook, www.facebook.com/mtvasia mahupun Instagram, www.instagram.com/mtvasia.

Sementara itu, apa kata anda layan dulu video menarik daripada Robin Thicke sewaktu mengadakan persembahan di acara The Voice (Australia) baru-baru ini. Enjoice!

http://www.youtube.com/watch?v=9AqTt2GTH-Q

SKIP THIS AD ×