berita

Muat Naik Video Seakan ‘Sama’ Di Instagram Story, Neelofa Didakwa Perli Fazura?

March 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelakon dan pengacara popular Neelofa baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi hangat selepas membuat pelancaran tudung terbarunya di sebuah kelab malam di ibu kota. Ramai yang mengecam tindakannya itu beranggapan lokasi yang dipilih tidak sesuai dan telah mencemarkan imej seorang muslim. Walaubagaimanapun, Neelofa dan pihak syarikat telah pun meminta maaf.

Belum reda dengan isu tersebut, Neelofa sekali lagi menjadi bualan didakwa memerli Fazura di Instagram Story. Eh betul ke?

Video seakan sama di Instagram?

Seorang individu di Twitter berkongsi video yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story mendakwa ianya bertujuan memerli Fazura. Dakwanya lagi, Fazura sebelum itu terlebih dahulu membuat video seakan sama di lokasi penggambaran.

Tweet tersebut setakat ini telah mendapat 3.2k retweet dan 1.8k likes. Namun, sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut belum dapat dikenalpasti. Di ruangan balas, ramai juga yang secara tidak langsung menyedari tindakan Neelofa tersebut. Eh kebetulan je kot?

Perli Fazura?

‘Toksah sibuk jadi batu api’

Ada juga yang kurang bersetuju dengan dakwaan individu ini dan memohon tidak menjadi batu api yang boleh mencetuskan salah faham. Dia yang tidak menyokong mana-mana pihak beranggapan kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka.

Sumber : Twitter FizzZoule

The following two tabs change content below.

Most Read Today