berita

‘Mulianya Hati Tengku’ – Netizen Puji Sikap Mulia Tengku Zawyah & Siti Nurhaliza

April 10th, 2018 | by Amat
22.1K
reads
Lensa Insta

Sejak kelahiran cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza sering kali menerima kunjungan dari rakan artis, kenalan rapat dan tidak lupa juga keluarga tersayang. Rata-rata tidak melepaskan peluang untuk melihat wajah puteri kesayangan pasangan Datuk Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Terbaru, penyanyi ini berkongsi foto di laman Instagram menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K iaitu Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham. Malah, foto keluarga ini juga mendapat perhatian dan dipuji netizen. Sungguh bahagia melihat senyuman Siti Nurhaliza dan Datin Seri Tengku Zawyah.

My pleasure DS kak Tengku’

Menerusi kapsyen foto dimuat naik, penyanyi ini mendoakan agar keluarga besarnya dirahmati dan diberkati Allah. Malah, dia juga berterima kasih atas kunjungan Datin Seri Tengku Zawyah menziarahi Siti Aafiyah. Bekas isteri Datuk K ini juga turut mendoakan kesejahteraan buat puteri Siti Aafiyah.

Tengku Zawyah mulia hatinya

Peminat tumpang bahagia

Peminat salute

Peminat memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel itu.

Credit: ctdk

Most Read Today