berita

Muna Tersingkir, Undian #AF2014 Lebih Bersandarkan Rupa Dari Bakat

September 29th, 2014 | by Ai
Kini Trending

10646835_756009344471525_9148845796436780693_n

Antara bakat dan rupa, mana satu pilihan anda? Haa, mesti korang pelik kenapa kami tanya soalan begini kan. Tak lain tak bukan, dah tentulah kerana konsert Akademi Fantasia yang berlangsung malam tadi.

Tak dinafikan, AF merupakan satu platform yang baik bagi permulaan untuk mengejar cita-cita dalam menjadi penyanyi tersohor tanah air.

Tetapi, setelah empat minggu kami menyaksikan persembahan pelajar-pelajar ini, ada sesuatu yang bermain di fikiran kami. Nak tahu apa? Haa, teruskan membaca. Hehe.

1898256_755956597810133_8277668195760166550_n

Siapa setuju jika kami katakan peratus undian masih bersandarkan rupa? Kalau korang tak percaya, cuba lihat peratus undian pelajar pelajar sepanjang empat minggu AF ditayangkan.

Hmm, rasanya empat minggu sudah cukup untuk kita menilai siapa sepatutnya yang layak kita letak diatas.

Sebagai penonton dan pengikut setia program realiti popular ini, sejujurnya kami rasakan yang layak menduduki tangga teratas adalah Ewal, Firman, Nuha dan Muna.

Sayangnya, diakhir konsert malam tadi, kita menyaksikan pelajar bernama Muna yang telah memberikan persembahan terbaik tersingkir dari pentas AF.

Namun, antara sedar atau tidak, pelajar yang agak kurang memberikan persaingan dan seringkali membuat kami kecewa dengan persembahannya, masih lagi kekal. Contohnya, Aman.

10411139_755943251144801_7256026471561252661_n

Sejak konsert pertama, kami mencari-cari dimana X Factor yang ada dalam diri jejaka ini. Setiap lagu yang dibawa, pasti janggal kedengarannya.

Tapi yang menjadi persoalan difikiran kami, mengapa Aman masih kekal? Jawapannya adalah kerana undian. Mungkin penonton tertarik dengan wajahnya yang jambu. Siapa tahu kan.

Tetapi, sampai bila kita ingin bersandar pada rupa. Ya, minggu ini Aman sudah menampakkan perubahan, tetapi adakah dengan hanya menghilangkan rasa malu itu cukup untuk bergelar penyanyi tersohor? Tepuk dada tanya selera.

  8936_756000104472449_7772735184038878147_n

Apapun, kami hanya mengkritik berdasarkan apa yang kami lihat. Iyalah, kami pun bukan juri professional. Harapan kami, biarlah pelajar ini menggunakan kesempatan sebaiknya sepanjang berada di akademi.

Bukan senang tau nak jadi 12 peserta terpilih antara beribu manusia yang menyertai ujibakat. Okaylah, jom tengok dulu foto mereka sekitar konsert malam tadi. Layankan aje~

Kredit Foto : Facebook Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×