berita

Mungkin Akan Ada Tarikh Lain – Dazrin Nafi Tak Jadi Kahwin Kerana Orang Ketiga

August 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

20140328_122148_HDR-630x354

Siapa yang tak suka melihat pasangan bahagia, Dazrin dan Amyra Rosli yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 8 Ogos ini kan?

Iyalah, pasangan ini sangatlah low profile dan tidak menunjuk-nunjuk kebahagian yang mereka kecapi. Namun, tiba-tiba kecoh sekejap dunia hiburan dek cerita mereka tak jadi berkahwin.

Artikel Berkaitan: Harap Semua Pihak Hormati Hal Peribadi Keluarga Kami – Dazrin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin

Kami pun pelik juga dengan hal ini. Apa yang sudah terjadi kan? Bila timbul perkara begini, mulalah ada desas-desus yang mengatakan ia berpunca dari pihak ketiga.

Launching-HITHAM-with-fashion-designer-95-630x420

Bagaimanapun, melalui laporan Harian Metro, Dazrin menolak dakwaan tersebut dan mengakui dia masih menyayangi Amyra serta memberitahu bahawa perkahwinannya tidak dibatalkan tetapi ditangguhkan buat sementara waktu.

Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan (antara keluarga) dulu.

Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak.

Tak apalah Dazrin, kalau sudah tertulis jodoh awak dengan Amyra, InsyaAllah akan bersatu juga. Walau apapun masalah, berbincang dan selesaikan dengan cara baik. Cewah! dah macam doktor cinta pula.

Kredit Foto: Instagram Amyra Rosli

SKIP THIS AD ×