berita

‘Mungkin Zul Mahu Control Macho’ – Reaksi Kekok Zul Ariffin Di Pentas ASK, Ini Respon Farah Nabilah

November 8th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Hubungan peribadinya mungkin goyah, namun keserasian Zul Ariffin bersama gandingannya dalam Titian Cinta, Farah Nabilah masih kuat ‘terpaku’ di hati peminat walaupun drama itu telah pun berakhir. Ramai yang kagum dengan cara pembawakan watak oleh kedua pelakon ini sehinggakan ada dalam kalangan peminat yang mencadangkan agar mereka bersama di dunia realiti.

Walau bagaimanapun, keserasian itu nampaknya gagal diterjemahkan apabila Zul bertindak ‘kekok’ terhadap aktres itu di pentas Anugerah Skrin (ASK) 2017 baru-baru ini. Berhubung isu ini, Farah ketika dihubungi Berita Harian berkata beliau tidak pasti mengapa Zul berkelakuan sebegitu dan menganggap berkemungkinan dia mahu ‘control macho’.

Mungkin ‘control macho’?

Saya sebenarnya mengikut apa yang diatur produksi. Semuanya dirancang awal dan dinyatakan dalam ‘cue card’. Cuma, saya tak pasti kenapa Zul memberi reaksi begitu.

Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu.

Farah juga menjelaskan bahawa ‘lakonan’ pentas itu telah  dirancang awal menerusi dua sesi raptai, namun hanya dirinya sahaja  yang hadir pada sesi latihan. Zul dilaporkan tidak dapat menghadirkan diri kerana sibuk dengan komitmen lain.

Apa yang membuatkan ramai terasa ‘kekok’ melihat gandingan Zul dan Farah sebagai penyampai trofi di pentas ASK malam itu adalah apabila pelakon Tombiruo itu tidak membalas gerak isyarat ‘sweet’ Farah membetulkan kolar bajunya. Pujukan Farah meminta Zul menyanyikan lagu Baby Shark Doo Doo juga nampaknya gagal, menyebabkan ramai yang melihat aktres itu seperti ‘tergedik-gedik’.

Disoal pula mengenai usikan peminat untuk melihat mereka bersama, Farah berkata dia tidak mengambil serius dengan kata-kata peminat dan menjelaskan ia adalah perkara biasa yang harus diharungi pelakon apabila digandingkan bersama.

Biasalah, peminat suka menjodohkan pelakon yang mereka suka. Saya tak ambil pusing. Kami tiada hubungan istimewa pun. Apa yang disaksikan dalam drama itu hanya lakonan, kami hanya merealisasikan tuntutan watak.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×