berita

Najib Dah Tak Nak Campur Urusan UMNO

August 15th, 2018 | by faris
Kini Trending

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak seperti sedia maklum tidak lagi menyandang jawatan tertinggi dalam UMNO setelah kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum 14, Mei lalu. Setelah itu, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi diangkat menjadi Presiden UMNO dan ketua pembangkang.

Najib dalam laporan Harian Metro menegaskan dia tidak pernah masuk campur dalam urusan parti selepas perletakan jawatannya pada Mei lalu.

Zahid bebas buat keputusan

Walaubagaimanapun, Najib tetap meluahkan sokongannya kepada kempimpinan baru UMNO, dan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, bebas membuat sebarang keputusan dan menentukan hala tuju parti selepas ini.

Najib berkata, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan dan bekas Perdana Menteri, dia mempunyai hak untuk bersuara bagi mempertahankan diri serta dasar yang dilaksanakannya ketika memimpin negara.

Datuk Seri Zahid bebas membuat keputusan, contohnya pemilihan calon di (Pilihan Raya Kecil) Sungai Kandis dan lain-lain. Saya sokong beliau sebagai Presiden yang baharu.

Namun, saya juga harus perjelaskan persepsi atau manipulasi fakta dan angka oleh kerajaan baharu. Saya gunakan hak saya untuk menjelaskan dasar dan sebab ia dilaksanakan. Sebagai Ahli Parlimen, itu tugas saya. Pentadbiran UMNO bebas untuk buat apa saja, saya akan sokong.

Tak percaya RM19 bilion hilang

Najib membuat kenyataan berkenaan kepada media selepas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang meminta Najib menjarakkan diri daripada parti itu bagi membolehkan UMNO kelihatan masih relevan dalam usaha melancarkan perubahan kepemimpinan baharu.

Tambah Najib lagi, antara isu utama yang perlu dijelaskan adalah isu hutang negara yang dikatakan mencapai RM1 trilion walhal nilai sebenarnya hanya RM686 juta ketika dia bergelar Perdana Menteri.

Mereka (kerajaan) kata RM19 bilion hilang. Saya percaya ia tak hilang dan saya mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuat siasatan menyeluruh secepat mungkin.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×