berita

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tak Mampu? Tawaran Ni Sure Buat Korang Apply Laju-laju!

May 16th, 2018 | by Azyanshor
Gaya Hidup

 

Zaman sekarang ni ramai yang mengeluh sebab susah nak miliki rumah sendiri kan. Gaji yang ada pun cukup nak bayar komitmen sedia ada je, macam mana nak beli rumah. Lagipun rumah zaman sekarang banyak yang mahal dan rakyat yang berpendapatan sederhana ni tak mampu untuk miliki rumah sendiri. Hmm..

Psstt, buat korang yang ada niat nak ada rumah sendiri tu, kali ni ada tawaran baik punya terutama yang duduk di Selangor. Ya warga Selangor, IJM Land Bhd ada offer sesuatu untuk korang ni. Korang kenalah baca sampai habis untuk tahu apa yang diorang offer tu yer..

Apartment 3 bilik dengan harga 42K? Biar betul?

Kalau korang nak tahu, kerajaan negeri Selangor berusaha untuk beri perkhidmatan perumahan kepada warga Selangor. Lokasi perumahan ni terletak di Bandar Rimbayu dan projek ni dikenali sebagai Apartment Halaman 11. Untung korang tau sebab pembinaan Apartment Halaman 11 ni adalah supaya warga Selangor boleh memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu milik di kawasan yang strategik dan boleh enjoy pelbagai lagi kemudahan.

Haa sebabnya, kawasan Bandar Rimbayu dekat dengan 5 lebuhraya iaitu lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Utara-Selatan (Elite), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Darat (dalam pembinaan). Kemudahan infrastruktur macam masjid, kedai, tempat beriadah, tempat letak kereta, dan macam-macam lagi kemudahan pun ada kat sini tau.

Dengan harga bermula dari RM 42 000 sehingga RM 100 000, apartment 5 tingkat ni ada 3 bilik dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis A yang berkeluasan 706 kaki persegi dan jenis B yang berkeluasan 751 kaki persegi. Tak nampak macam mana? Takpe, meh tengok gambar kat bawah ni.

 RM 42 000

RM 100 000

Siapa yang layak untuk mohon?

Macam yang admin bagitau tadi, pelancaran pertama Apartment Halaman 11 di Bandar Rimbayu ni ada 180 unit je tau. Dengar macam banyak tapi dengan harga mampu milik macam ni, nanti cepat je sold out macam pisang goreng panas. Sebelum tu, ada syaratnya yer nak apply rumah mampu milik ni.

Jenis A 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bermastautin di Selangor
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih RM 3000 sebulan
  • Terhad kepada satu keluarga
  • Pemohon atau pasangan tidak memiliki sebarang rumah di Selangor sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
  • Pindah milik hanya selepas lima tahun

Jenis B

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah RM 3001-RM 6000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki sebarang rumah di Selangor
  • Pemohon bujang yang memiliki tanggungan keluarga
  • Pembelian rumah bukan untuk disewa
  • Pindah milik selepas lima tahun

Follow 6 langkah di bawah untuk apply apartment ni okay!

Korang ikut je langkah-langkah di bawah ni untuk dapatkan unit idaman korang okay.

Langkah 1 : Daftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Langkah 2 : Terima panggilan daripada pihak pemaju Bandar Rimbayu

Langkah 3 : Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)

Langkah 4 : Terima surat tawaran & pilih unit anda di Bandar Rimbayu

Langkah 5 : Dapatkan kelulusan pinjaman

Langkah 6 : Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Jangan lepaskan peluang! Masa nilah korang nak beli rumah sendiri, takdelah korang kena menyewa lama-lama. Lagipun, ada rumah sendiri ni feel dia lain tau berbanding rumah sewa. Ada 180 unit je, baik korang mohon siap-siap tau!

Untuk info lanjut tentang Bandar Rimbayuhttp://rimbayu.ijmland.com/property/halaman/Default

Most Read Today