berita

Nak Beli Rumah Tapi Kena Bayar RM500 Jadi Ahli Dulu? Wanita Ini Bongkar Sindiket Penipuan

July 6th, 2015 | by Wan | 4 comments
940
reads
4
shares
Kini Trending

ohbulanrumah

Tengok harga rumah sekarang memang boleh buat sesak nafas, lagi-lagi rumah di sekitar Lembah Klang. Atas sebab itulah ramai terpaksa menyewa dek kerana kekangan seperti gaji yang tidak melayakkan diri untuk memiliki rumah sendiri.

Namun iklan daripada syarikat pemaju ini tentang harga rumah yang cukup murah dan tak masuk akal ini mengundang seribu satu persoalan.

Betul ke ada rumah dengan harga macam ini? Atau sekadar sindiket memandangkan kena bayar RM500 untuk jadi ahli dulu?

Promosi sekitar pasaraya & pusat beli belah

Screen Shot 2015-07-06 at 2.43.22 PM

Ditawarkan dengan harga rumah yang berkali-kali murah daripada harga asal pastinya menjadi perhatian ramai. Tambahan pula syarikat pemaju ini siap membuat promosi di sekitar pasaraya dan pusat beli belah seluruh Malaysia.

Screen Shot 2015-07-06 at 2.52.50 PM

Yang peliknya nak beli rumah tapi kena bayar RM500 dan jadi ahli terlebih dahulu. Selepas bayaran dibuat, sebaliknya hanya resit sahaja yang diberi, bukan sebarang surat perjanjian. Boleh percaya ke?

Tiada bukti projek terdahulu

Screen Shot 2015-07-06 at 2.37.28 PM

Ragu dengan harga rumah yang ditawarkan, segelintir netizen cuba mendapatkan kepastian namun jawapan yang diberikan cukup menghampakan.

Walaupun didakwa sudah lebih 20 tahun menjalankan perniagaan, pemaju berkenaan gagal menunjukkan sebarang bukti tentang projek-projek yang telah dibangunkan.

Screen Shot 2015-07-06 at 2.36.11 PM

Malah usaha orang ramai untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang butiran lanjut berkenaan rumah yang ditawarkan dan latar belakang syarikat tidak berjaya. Hasil semakan status syarikat juga tiada rekod.

Siap beli untuk anak

Screen Shot 2015-07-06 at 2.47.47 PM

Andai benar seperti yang didakwa, syarikat pemaju ini wajar dikenakan tindakan undang-undang memandangkan ia seolah mengambil kesempatan terhadap golongan yang memerlukan.

Yang kena orang kita juga.

Screen Shot 2015-07-06 at 2.28.25 PM

Apa-apa pun harap korang semua berhati-hati. Jangan sebab nak beli rumah,kita kena tipu bulat-bulat.

Sumber : Facebook Say No To MLM , Twitter Neorackle

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

4 Comments

  1. violet says:

    Yang nie sama ke dengan KOHAMA (Koperasi apa ntah namanye) punya tu… nak beli rumah murah kena jadi ahli KOHAMA dengan bayaran RM 400 ++.

    • purple carrot says:

      i ada try KOHAMA ni..booking 5ratus..jd ahli 300..apply tu rumah Projek Bkt Katil Melaka but til now tak ada feedback..duit dah bagi..bila call kata projek blum pecah tanah bagai..bila nk bcakap dgn pegawai, asyik tak ada kat ofis

  2. teda nama says:

    Assalam, bukan nak kondem mana2 pihak. Tapi cubalah belajar, kaji mcm mana cara yg betul utk beli rumah. Pengalaman saya sendiri, beli rumah 2nd harga RM120K mengambil masa setengah tahun, kuar masuk ofis KWSP, kuar masuk pejabat lawyer yang uruskan perjanjian tuan rumah, bakal tuan rumah & pihak bank, sat2 kena p jumpa ngan ejen bank, lagi ambil cuti pergi bank sign agreement, macam2 sebenarnya. Nak beli rumah bukan senang. Nak2 yang konon nya, BAKAL dibina. Tolonglah bangsaku, berubahlah. Jangan senang2 org tipu kita. Dah byk masuk dlm berita, berapa rumah yg terbengkalai. Itu terbengkalai, ini earthwork pun takde. Saya sendiri, klu ingat2 memang nak rumah baru, tp kita sedar kita tak mampu. Lagi tunggu sampai baru mampu, by the time, harga rumah makin melambung. So, saya rendahkan hati, peduli org cakap, belajar, cari ilmu mcm mana nak beli rumah, nak nilai rumah klu kita beli sbb nak duduk la. Klu nak wat sewa kat org tu lain cerita la. Kita ni biar susah dahulu, In Sha Allah senang kemudian.Satu lagi, kena banyak berdoa, minta dengan Allah SWT, kena doa supaya dapat rumah yang elok, kejiranan yang baik. Saya berkongsi dengan apa yang telah saya buat & masa saya minta dengan Allah, saya merayu, saya doa macam2 pasal rumah ni. Saya tak cakap apa yg saya tak buat. Dan kita kena yakin, bila kita dah jumpa dengan yg Allah telah takdirkan utk kita. In Sha Allah, Allah redha bila kita redha dengan Qada’ & Qadar dia beri.