berita

Nak Fefeeling Holiday Kat Sepanyol? Quill City Mall KL Confirm Buat Korang Unbullievable!

November 23rd, 2017 | by Azyanshor | 0 comments
13.3K
reads
3.9K
shares
Kini Trending

Quill City Mall memberikan nafas baru kepada pengunjung yang hadir untuk merasai Krismas yang bertemakan Perkampungan Sepanyol Andalusia. Ianya diinspirasikan dari filem animasi terbaru, “FERDINAND”!

Dekorasi yang menarik dan luar biasa ni memang cun weh kalau korang nak tangkap gambar! Feeling kat Sepanyol gitu.

Pelancaran event ni di Quill City Mall pada Sabtu lepas memang da boom! Seronok gila! Dihostkan oleh Prem dari Mixfm, majlis ini dimulakan dengan persembahan pasukan sorak. Diikuti dengan persembahan designer termuda iaitu Amelia Lee!

Apa yang ada dalam belon tu?

Bukan itu je, tetamu yang datang berpeluang merasai 10,000 Big Points Balloon Drop oleh Air Asia. Di mana tetamu boleh kumpul dan letupkan belon-belon tersebut untuk kumpul point yang berada di dalam belon tu! Memang havoc gila haritu!

Yang terlepas peluang, pada 10 Disember 2017, akan ada lagi tapi kali ni lagi besar ” 30,000 Big Points Balloon Drop!” di Quill City Mall juga! Lagi banyak, laaagi baguss kan! So makesure korang join ok!

Event  ni bukan hanya tertumpu kepada hiburan saja, malahan ada juga charity bazaar. Di mana Quill City Mall mengalu-alukan 30 Ibu atau Bapa tunggal dari Single Mother’s Club Malaysia dan Kuala Lumpur & Selangor  Revolution Self Development Association!

Barangan yang dijual pun tidak kurang hebatnya tau! Korang boleh lah datang support mereka dengan membeli-belah barangan yang dijual!

Event ni juga kasi chance dekat ibu bapa untuk bawa anak mereka merasai Krismas di Perkampungan Andalusia!

Tiket Air Asia percuma? OMG nak!!

Kalau korang spend minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana kedai dekat Quill City Mall, korang berpeluang memenangi sepasang tiket ke Melbourne, Sydney atau Gold Coast!! Peraduan ni dah pun bermula guys! Sehingga 25 Disember je! So cepat-cepat pergi berbelanja di Quill City Mall!

Eh eh ada lagi, korang juga boleh redeem 2 point untuk RM1 pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 1 point RM1 pada hari Sabtu dan Ahad! Kumpul point banyak-banyak dan korang boleh redeem  tiket kapal terbang bermula dari 500 points! ( T&C apply)!

Ada lagi boleh redeem ker?

Mestilah ada lagi uols! Barangan Krismas bertemakan Ferdinand menunggu korang untuk ditebus!

  • Set alat tulis Ferdinand
  • Keychain Ferdinand
  • Bantal Ferdinand dan;
  • Backpack Ferdinand

Barang-barang edisi terhad ni korang boleh dapat kalau korang spend maksimum RM50 dalam dua resit! Ibu bapa juga boleh dapatkan booklet Krismas percuma yang bertemakan Ferdinand untuk anak-anak korang!

Kalau korang nampak ada BMW X5 di event tu, korang boleh try teka berapa banyak bantal Ferdinand di dalam kereta tu. Kalau tepat, korang berpeluang memenangi BMW Cruise Bike bernilai lebih dari RM5000! Peraduan ni telah pun bermula dan bakal berakhir 1 Januari 2018.

Weekend ada apa-apa aktiviti ke?

ADA! Ada pelbagai aktiviti menarik untuk join! Antaranya ialah Ferdinand Horn Headband making workshop, pertandingan mewarna, pertandingan kostum Krismas and pertandingan mencari bakat, dan banyak aktiviti bertemakan Sepanyol. Memang kena join semua ni!

Kalau anda semua plan nak pergi pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) selepas pukul 5, parking percuma! Dan kalau anda plan nak pergi pada hari Sabtu dan Ahad pula, parking hanya RM3 sahaja per entry! Kalau tak nak drive, boleh lah naik monorail. Berdepan je dengan Quill City Mall. Tak payah nak lintas jalan, memang ada jambatan ke Quill ni dari stesen train tu ha.

Dengar cerita ada booth Miniso?

Betul tu! Miniso ada bukak booth di East Court, Quill City Mall berhadapan dengan Longhorn Steakhouse. Senang je nak cari. Barangan yang ditawarkan serendah RM5! Comel-comel pulak tu!

Kalau korang purchase produk Miniso sebanyak RM100 korang boleh dapat voucher RM10! Korang juga boleh redeem points Air Asia tu dekat Miniso ni! Barang murah-murah so lagi banyak korang dapat, lepastu dapat lagi voucher, hadiah dan mungkin boleh ke luar negara! Senang gila!

Booth apa lagi yang ada?

Ha, tak payah cakap banyak, dekat bawah ni kami sediakan gambar-gambar booth yang ada. Senang korang plan nanti nak serbu yang mana!

Kalau korang beli hadiah, korang boleh terus dapatkan servis pembungkusan hadiah percuma je! Terdapat juga inflatable bull Rodeo Ride dan Playground( bumper car rides, Inflatable playground, superbike dan game interaktif Ferdinand) untuk kanak-kanak!

Tak ada sebab untuk korang tak pergi ke Quill City Mall ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di Instagram: QuillCityMallKualaLumpur dan website di sini!

 

Most read today

Recommended for you