berita

Nak Kahwin Bila Sebenarnya Ni?

July 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini kelihatan Shahir meluangkan masa di rumah terbuka bersama Erra Fazira dan video Tik Tok yang dimuatnaik mereka turut mendapat perhatian netizen. Penyanyi Shahir seolah memberi bayangan bakal mengakhiri hubungan bersama aktres jelita, Erra Fazira dengan ikatan perkahwinan.

Malah, dia mengaku sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada anak Erra Fazira itu.

Kalau ada rezeki tahun ini

Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun inilah kami berkahwin. Saya bagaimanapun belum dapat memaklumkan tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua. Alhamdulillah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga saya juga merestuinya. Cuma, saya menunggu tarikh dan ketikanya saja.

Shahir turut menegaskan perhubungan mereka turut mendapat restu keluarga. Dia juga masih menyusun perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Kami mungkin akan terus bernikah, tanpa majlis bertunang. Apa pun, saya serahkan kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya. Namun, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancangan. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan.

Sumber: BH Online

Most Read Today