berita

‘Nak Make-Up Lelaki Ke Perempuan Ni?’ – MUA Kongsi Pengalaman Nyaris Ditipu

February 12th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kerjaya sebagai Make-up artis (MUA) ini makin menjadi tumpuan dalam kalangan wanita bagi memenuhi masa lapang. Golongan ini juga gemar memuat naik gambar hasil kerja di laman sosial untuk tatapan pelanggan. Kelihatan seperti dalam dunia glamour tetapi mereka juga terpaksa bersaing dengan ramai MUA yang wujud.

Malah, disebalik tirai glamour, terdapat juga kisah yang menakutkan kaum Hawa untuk berdepan bermacam kerenah pelanggan. Mereka turut berdepan risiko yang mungkin membahayakan diri dan boleh menyebabkan kematian.

Terima job kawan

Gadis ini menerima job make-up dari kenalan perempuan. Setelah dirunding dengan pelanggan berkenaan, dia segera ke lokasi yang telah diberi menerusi Whatsapp. Pelanggan tersebut sangat excited untuk hire gadis ini, siap buat full payment lagi.

Voice note suara lelaki

Setelah tiba di lokasi, dia menghantar gambar apartment yang kelihatan sepi. Malah, kelihatan juga kebanyakkan warga asing lelaki yang keluar masuk ke kawasan tersebut.

Foreigner lelaki keluar masuk

Dia turut menerima voice note dari suara lelaki yang memaklumkan lokasi sebenar. Maka, mula berasa curiga dengan tindakan lelaki terbabit dan meminta untuk pelanggan perempuan berjumpanya di hadapan pondok pengawal keselamatan. Namun, tidak mendapat respond setelah membuat panggilan dan mengirimkan mesej berkali-kali.

1 tick je

Setelah menunggu lama, gadis tersebut mengambil keputusan untuk pulang dan refund semula bayaran yang telah dibuat pelanggan. Malangnya, juga tiada respond dan gambar profile mula dipadamkan. Moga kes ini dijadikan iktibar untuk wanita lebih berhati-hati apabila sendirian.

Credit: Facebook Mahirah Aidi

SKIP THIS AD ×