berita

Nak Pegang Tangan Pun Saya Takut – Anzalna Nasir

February 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-19 at 1.02.06 PM

Bagaikan sudah menjadi lumrah bergelar artis, setiap pergerakan mereka sering diperhatikan dan kerap disalah anggap. Begitu juga dengan nasib pelakon cantik, Anzalna Nasir yang kini dikatakan bermasam muka dengan Izzue Islam.

Kontroversi ini dikhabarkan bermula apabila Izzue dikatakan tidak selesa dengan adegan romantis dilakonkan oleh Anzalna yang dianggap berlebihan.

Artikel Berkaitan: Kerana Cemburu, Izzue & Anzalna Bermasam Muka?

Anzalna yang dihubungi sebentar tadi menafikan dakwaan bahawa dia melakonkan babak romantis secara keterlaluan dan menegaskan bahawa dirinya masih menjaga tatatertib sebagai seorang pelakon.

Anzalna & izzueAnzalna dikatakan bermasam muka dengan Izzue Islam

“Sebenarnya saya berlakon adegan romantik itu pun macam biasa sahaja. Saya tak setuju lah bila orang dakwa yang saya berlakon secara berlebihan. Nak berlakon adegan pegang tangan pun saya takut dan malu sebab saya tahu itu suami orang, macam mana pula saya nak buat adegan romantik lebih-lebih.”

Enggan menjawab dakwaan bahawa mereka bermasam muka, pelakon itu meminta supaya orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini.

“Saya cuma jadi profesional dalam kerjaya. Lagipun, tidak semua babak dalam novel itu dilakonkan semula dalam drama adaptasi itu.”

Pelakon berusia 26 tahun itu turut menepis dakwaan bahawa khabar angin ini sengaja diadakan untuk melariskan drama tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna dan Izzue kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 28 episod adaptasi novel ‘Aku Bukan Mistress’ yang akan mula ditayangkan pada 31 Mac depan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×