berita

Nak Pergi Open House Yang Ada Artis Dan Aktiviti Best? Jom Pergi Rumah Terbuka IJM Land di Seremban 2!

June 26th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Setiap tahun mesti open house yang korang tunggu-tunggu kan? Ada open house yang korang nak sangat  pergi sebab ada makanan best. Ada satay, ada kambing golek dan yang paling best dan buat korang nak serbu open house tu mesti sebab ada durian! Lain macam tau aura makanan ni.

Tapi, ada juga yang nak pergi ke rumah terbuka tersebut sebab ada aktiviti dan artis best! Korang dah tahu rumah terbuka mana yang ada artis, aktiviti best dan makanan yang sedap tahun ni?

Kalau tak tahu lagi, jom pergi rumah terbuka IJM Land!

Rumah terbuka gabungan bersama Hot FM dan Kool FM ni akan berlangsung pada 1 Julai 2018, hari Ahad dari pukul 3petang hingga 7petang! Open house ini akan diadakan di Pejabat Jualan IJM Land, Seremban 2!

Selain ada pelbagai makanan best, ada juga aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh join dekat sana nanti. Kalau nak menang wang tunai, kenalah main game yang akan disediakan! Macam-macam game yang ada di rumah terbuka ni nanti. Confirm best!

Siapa artist yang ada nanti? Mesti lagi meriah!

 

Antara artis yang akan buat persembahan nanti ialah Jay Jay, Wany Hasrita dan Mas Idayu! Ha, since ada genre dan penyanyi dari era yang berbeza, senang lah korang nak pilih nak tengok yang mana nanti! Nak layan gelek dengan Mas Idayu pun boleh, nak menahan rindu dengan Wany Hasrita atau nak berhari raya bahagia dengan Jay Jay pun boleh!

Semua pun boleh kalau korang datang ke Rumah Terbuka Hot&Kool FM bersama IJM Land ni! Mesti lagi meriah kalau korang boleh join bernyanyi bersama-sama dengan artist nanti.

Boleh beramah mesra dengan penyampai radio juga nanti!

Penyampai-penyampai radio Hot fm dan Kool fm ni memang Hot dan Kool pun tau! Korang boleh join main game yang ada di rumah terbuka ni nanti dan sekali gus boleh beramah mesra dengan penyampai-penyampai radio yang ada tau.

Antaranya Muaz, AG dan Haiza (Kool fm) dan juga  Shuk, Ajak, Fizie (Geng Pagi Hot fm). Ha, kalau asyik dengar suara diorang je dekat radio hari-hari time pergi kerja, so kali ni dapat peluang untuk jumpa mereka depan-depan pulak!

Boleh jadikan open house ni open house paling best yang korang pernah pergi! Jadi, set reminder cepat-cepat pada tarikh ni tau! Maklumat lanjut korang boleh klik kat sini!

 

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×