berita

Nak Tahu Di Mana Masa Depan Negara Kita Lepas Ni? Jom Tengok Kanvas Belia TN50 Hari Ini..

February 28th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Selalu kita dengar orang cakap “belia aset negara” kan. Tapi, sejauh mana belia di Malaysia ni dihargai dan didengari? Ada juga yang berpendapat bahawa belia kat negara kita ni seolah-olah tak mengambil tahu pasal masa depan negara. Eh..siapa kata!

Buktinya, ramai yang menunjukkan sikap prihatin dan berkongsi pendapat, harapan serta kerisauan mereka tentang masa depan negara dalam Kanvas Belia TN50.

Ada yang kurang faham pasal TN50? Jom kami kongsikan…

Apa itu TN50?

Untuk pengetahuan korang, TN50 ataupun Transformasi Nasional 2050 merupakan satu lagi inisiatif perancangan jangka panjang negara. Tujuannya adalah sebagai usaha untuk membangunkan Malaysia buat sekian lama dan juga  kesinambungan kepada inisiatif perancangan jangka panjang negara yang terdahulu.

Sejak Januari 2017, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menfokus dan mendekati para belia seluruh negara melalui sesi dialog, bengkel dan saluran online untuk mendengar aspirasi, idea dan apa yang diorang mahukan untuk kebaikan negara menjelang tahun 2050.

Haa..dengan pendekatan macam ni lah, orang-orang muda dapat ekspresikan suara diorang sekaligus tertarik untuk sama-sama membangunkan negara.

Jom kita tengok, apa inisiatif-inisiatif Belia TN50 ni!

Sesi dialog, bengkel & kempen kesedaran..

Dialog pertama ataupun Dialog Perdana TN50 telah berlangsung pada 19 Januari 2017 bersama Perdana Menteri sendiri dan juga YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Seterusnya, sesi-sesi dialog, bengkel, kempen dan program terus giat diadakan bermula Februari 2017 di seluruh pelosok negeri. Antaranya adalah dialog peringkat negeri, sesi dialog TN50x serta Kerjasama Strategik Bersama Syarikat Korporat.

Tujuan setiap program ni adalah untuk kumpul aspirasi dan dengar sendiri idea-idea belia dari seluruh negara tentang apa yang diorang nak untuk negara kita dalam masa 30 tahun akan datang.

Kumpulan Masa Depan TN50 yang terdiri daripada lebih 200 ahli belia termasuk Duta Belia TN50 dan pakar subjek; pula membantu menterjemahkan aspirasi-aspirasi yang diterima menjadi cadangan hala tuju dan matlamat yang lebih terperinci daripada perspektif belia yang berpotensi dilaksanakan dalam proses pembentukan program dan dasar kerajaan di masa hadapan.

Pertandingan cipta logo dan pameran

Selain dialog dan bengkel, TN50 juga mengadakan pameran mini serta ruang perkongsian aspirasi TN50 yang ditempatkan di beberapa lokasi tumpuan masyarakat bagi memberi peluang kepada semua untuk bersama mencorak masa depan negara.

Antaranya adalah di Galeri Petronas, Petrosains, Mid Valley, Publika, dan KL Sentral. Korang pernah pergi ke mana-mana pameran mini atau ruang perkongsian aspirasi TN50? Kalau pernah, apa idea yang korang dah kongsikan?

Haa..bagi korang yang kreatif tu, TN50 juga ada buat pertandingan cipta logo. Ramai sangat yang dah menyertai pertandingan ni meluahkan idea diorang dalam bentuk seni visual dan grafik.

Kat bawah ni adalah contoh-contoh logo yang dah dipilih sebagai pemenang. Memang kreatif dan sarat dengan mesej! Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal inspirasi pereka di sebalik logo diorang, klik sini https://mytn50.com/logo/ .

Duta TN50

Korang tahu tak, TN50 mempunyai seramai 23 orang duta yang dipanggil Duta Belia TN50 dan memang bukan calang-calang orang!

Mereka adalah, Sarah Joan Mokhtar, Ganesh Muren, Dzameer Dzulkifli, Dr. Lutfi Fadil Lokman, Ng Yeen Seen, Mua’mar Ghadafi, Sharon Wee Ee Lin, Zhariff Afandi, Dr. Louisa Shobhini Ponnampalam, Dr. Aizan Sofia Amin, Shahril Hamdan, Faisal Ariff, Dr. Farrah-Hani Imran, Neelofa, Arthur Joseph Kurup, Gabriel Fairuz Louis, Dato’ Dr. Ustaz Izhar Ariff, Jufitri Joha, Ben Uzair, Annyketyni Madian, Dr. Juliana Lim, Dr. Esther Michael dan Nadhirah Mohd. Rifai.

Diorang ni semua terpilih berdasarkan impak positif, inisiatif dan sumbangan yang diorang beri dalam pelbagai bidang dan lapangan untuk negara dan masyarakat.

Tapi, tanggungjawab diorang ni besar tau! Bukan senang nak jadi contoh dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej TN50 juga menarik minat para belia.

Korang Dah Bersedia Untuk Pelancaran Kanvas Belia TN50?

https://www.facebook.com/myTN50/videos/1108502189304307/

Setelah lebih setahun usaha pendampingan belia oleh KBS dijalankan untuk TN50, hampir 2 juta rakyat didekati dan lebih 60,000 aspirasi unik berjaya dikumpul, akhirnya laporan akhir Kanvas Belia TN50 dah sedia untuk dilancarkan pada hari Rabu, 28 Februari 2018!

Jangan lupa nantikan pelancaran Kanvas Belia TN50 iaitu rumusan aspirasi kita semua, generasi muda Malaysia demi Masa Depan Negaraku hari ini! Korang jugak boleh saksikan majlis pelancarannya secara langsung di stesen-stesen televisyen utama dan juga FB Live di laman Facebook TN50. Stay tuned ok! 

Segala aspirasi, harapan dan impian korang telah dirumuskan ke dalam Kanvas Belia TN50 ni. Ayuh kita bersama bina masa depan negara!

Untuk maklumat lanjut, ikuti TN50 di Facebook TN50

 

 

SKIP THIS AD ×