berita

Nak Tengok Scha Awal Nikah Malam Ni?

May 4th, 2012 | by M
Kini Trending

Setelah hampir tiga tahun menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti romantis; Scha Alyahya dan Awal Ashaari akhirnya mengambil keputusan memeterai kisah cinta mereka dengan ikatan yang suci.

Pasangan popular yang bagaikan pinang dibelah dua ini juga telah memilih tarikh 4 Mei 2012 sebagai hari bersejarah untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah yang akan turut disiarkan secara langsung dan serentak menerusi saluran Astro Ria (104), Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) menerusi program ‘Akad Nikah…Seia Sekata SchAwal’.

Bukan itu sahaja, Astro Ria juga akan menyiarkan rangkaian program-program istimewa yang berjudul Seia Sekata SchAwal yang memaparkan perjalanan kisah cinta pasangan bahagia secara eksklusif di saluran berkenaan. Jadual selepas ini.

Sebagai penonton, anda dijanjikan dengan paparan setiap kisah belakang tabir tentang Scha dan Awal yang berlaku sewaktu masih kecil, perjalanan karier, zaman bercinta, lamaran secara langsung di televisyen sehingga ke gerbang perkahwinan.

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan temuramah eksklusif ahli keluarga, teman-teman rapat, rakan-rakan artis, kenalan dan media mengenai pasangan ini yang akan disiarkan secara istimewa dalam program ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×