berita

Nak Tiket Free Movie Oppa Kim Ho Won? Ada Scene Kat Malaysia, Serius Kelakar!

April 23rd, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Bila sebut pasal artis Korea, mesti dalam kepala korang dah terfikir kisah cinta yang sweet dan romantik. Haa..sebenarnya cerita Korea ni banyak genre. Bukan cintan cintun je. Ada cinta komedi, aksi, jenayah, sains fiksyen, fantasi dan banyak lagi. Weee…

Siapa sini minat Kim Ho Won angkat tangan! Tak lama lagi, satu movie yang dibintangi beliau iaitu Shun Pong-O, akan ditayangkan kat Malaysia dan korang berpeluang untuk dapat tiket percuma! Yeay!

Sebelum tu, jom tengok apa yang menarik tentang movie ni…

Movie Shun Pong-O, cinta komedi buat korang tak kering gusi

Kalau korang nak tahu, Shun Pong-O ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Shinny di kampung nelayan, Nanyang yang sukakan budaya Korea. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang lelaki Korea Selatan yang dikenali dengan nama Park Ji Hoon. Aduh, jumpa oppa. Terus cair!

Yang sedihnya, Park Ji Hoon tahu dia terpaksa berdepan dengan kematian disebabkan tumor otak yang dialami. Ala, sedihnya! Macam mana ni?
Pada masa yang sama, suatu insiden berlaku di kampung menyebabkan dia dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Wow, memang amazing.

Konflik mula timbul ketika Park Ji Hoon bertekad balik ke Korea dan meninggalkan Shinny. Shinny pula cuba mencari Park Ji Hoon di Korea dan akhirnya mereka berjumpa semula. Pada akhir cerita, ikan lagenda, Shun Pong-O muncul sebagai menandakan cinta sejati antara mereka. Sweetnya!

Lakonan Kim Ho Won dan Shinny Tan, ngam habis

Gabungan pelakon Shinny Tan dari Malaysia dan Kim Ho Won dari Korea ini memang mantop. Kalau korang tengok, tak awkward langsung diorang. Memang ada chemistry!
Nak tahu kenapa agaknya pengarah David Thian ambil diorang sebagai pelakon utama dalam movie ni?

Menurut pengarah Shun Pong-O, Shinny Tan terpilih sebagai heroin dalam movie ni disebabkan oleh rupa parasnya yang comel dan berperwatakan innocent. Kalau korang nak tahu, perwatakan dia ni sama je dengan dunia sebenar.

Manakala, Kim Ho Won pula pelakon Korea yang berpengalaman dan telah berlakon banyak movie di Korea. Pengarahnya juga memang  mahukan seorang pelakon Korea yang berperwatakan biasa dan bersahaja. Kalau tengok karakter si Kim Ho Won ni pun, memang nampak cool je orangnya.

Apabila dilihat kembali, ternyata pengarah berpuas hati dengan lakonan mereka berdua. Nampak sangat natural sebab mereka melakonkan watak seperti diri mereka yang sebenar. Kalau tak silap admin, selain scene di Korea, ada scene di Malaysia juga. Eh?

Scene kat Kuala Kurau dan Penang, seriuslah?

Lokasi penggambaran filem ni memang cantik-cantik sebab scene nya dirakam di tempat yang memaparkan sisi kehidupan sebenar. Paling menarik, ada scene yang diambil di Malaysia juga. Waaa, oppa mai Malaysia, bukan main-main tau!

Sebagai contoh, diorang ada shoot di sebuah rumah yang terletak di perkampungan nelayan Kuala Kurau. Simple dan selesa. Nampak lebih tradisional. Dekat Penang pun ada tau! Fuh, mesti best movie ni!

Langkah mudah untuk dapat tiket secara percuma

Tak sabarnya nak tengok! Haa..meh kitorang bagitahu cara untuk korang dapatkan tiket movie Shun Pong-O secara percuma. Hanya perlu join contest, like dan share di Facebook. Sangat mudah! Nah info movie tersebut…

Gala Premiere <Shun Pong O>
Tarikh: 2 Mei 2018 (Rabu)
Tempat: GSC MyTown, Cheras

Gala Premiere:-

7:00pm – Tebus Tiket di kaunter yang disediakan

8:00pm – Meet & Greet

8:45pm – Mula memasuki movie hall

9:00pm – Penayangan filem

Dapat tiket ni nanti, bolehlah ajak member yang kaki movie Korea sekali. Jangan lupa like dan share ya kalau nak menang tiket movie Shun Pong-O!
Babak romantik bercampur komedi, confirm korang tak bosan punya! Boleh meet and greet dengan diorang sekali. Yay! Bolehlah selfie dengan oppa! Jom kitorang belanja sikit trailer movie Shun Pong-O ni. Check it out!

SKIP THIS AD ×