berita

Nak Travel Ke Negara 4 Musim Tapi Risau Cara Jaga Kulit Muka? 9 Tips Ni Mungkin Boleh Bantu Korang

November 28th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Bila dah masuk hujung tahun, aktiviti wajib semua orang nak buat mesti travel. Sebab apa? Waktu ni ada la ada promo tiket flight, hotel dan macam-macam iklan ditayang kat TV buat korang nak travel. Mula la cuit laki ke tag kawan ajak diorang travel sama-sama. Pergi sorang mesti bosan, ye dak?

Dah survey tempat mana nak pergi? Pergi Australia boleh tengok kangaroo, kalau New Zealand boleh tengok lembu-lembu. Tapi, kalau pergi negara yang ada 4 musim ni kena fikir 3-4 kali untuk korang yang jenis jaga kulit muka. Tak pasal-pasal balik Malaysia muka menggelupas, kering dan macam-macam lagi. Pening kan?

Haa, jangan risau. Jom follow tips kami ni sebagai persediaan kalau korang nak travel ke negara yang ada 4 musim. Share dengan kawan-kawan okay!

1. Kalau panas, pakai sunblock untuk perlindungan dari cahaya matahari

Dah tau pergi negara panas, pakai lah sunblock untuk perlindungan kulit dari sinaran matahari. Kulit akan kusam kalau tak pakai sunblock tau. Kalau nak tau, banyak lagi fungsi lain sunblock antaranya mengelakkan penuaan dan kanser kulit serta mengelakkan kedutan pra-matang. Jadi, berani korang keluar tak pakai sunblock?

Nak pilih sunblock, pastikan ia mengandungi kandungan SPF yang tinggi untuk perlindungan maksimum. Kami suggest, korang guna SK-II Atmosphere CC Cream sebab ia bukan melindungi kulit dari sinaran UV je tau, tapi boleh mencerah dan melembapkan kulit korang! Haa, lepastu, boleh keluar jalan-jalan tanpa risau kena cahaya matahari!

2. Kalau sejuk, guna pelembap. Supaya kulit korang tak kering!

Guna pelembap kulit waktu travel ke negara sejuk adalah sangat penting. Kulit korang akan kering bahkan lagi teruk kalau tak pakai pelembap sebab suhu sejuk akan buat kandungan air dalam badan kering. Tanpa bantuan pelembap, kulit korang tak akan elok semula dan terus bermasalah. Bahaya weh!

Oleh itu, gunalah losyen yang ada agen pelembap untuk mengekalkan kulit agar sentiasa lembap dan tak kering. Lagi baik, pilih losyen yang mengandungi perahan minyak zaitun sebab ia kaya dengan khasiat dan boleh membantu melembapkan kulit korang.

3. Waspada guna pencuci muka, ikut keperluan!

Kandungan bahan kimia yang ada dalam pencuci muka, sebenarnya tak sesuai sangat untuk negara yang sejuk. Perasan tak kulit muka penduduk negara sana tak banyak bermasalah dan kebanyakan mereka tak pakai pencuci muka pun. Cukup lah basuh muka dengan air!

Jadi, kalau boleh kita yang travel ke sana ni kurangkan penggunaan pencuci muka dan basuh je dengan air pagi-pagi. Cukup dah! Tapi, kalau korang berkulit sensitif dan perlukan pencuci muka khusus untuk wajah, please bawa! Kalau negara tu panas, gunakan pembersih yang lembut dua kali sehari dan make sure pakai pelembap lepas basuh muka okay!

4. Minum air banyak. Ni pun nak kena ingatkan ke?

Beb.. Air penting bila korang travel ke mana-mana sekalipun. Tak kira la cuaca panas atau sejuk, air memang kena selalu bawa dan minum supaya badan korang sentiasa terhidrat. Bila minum banyak air, kulit muka korang takkan kering dan boleh disesuaikan dengan iklim semasa. Bawa bekas air yang boleh lipat supaya senang simpan okay!

5. Bawa kertas penyerap minyak atau tisu basah dalam beg. Bila perlu kan senang…

Sebab apa penting kertas serap minyak ni dalam beg korang? Bila korang berjalan kat negara panas, confirm berpeluh dan muka cepat berminyak kan… Tak rimas ke? Kalau boleh nak lap tiap minit, tak lawa la kalau bergambar kan muka berminyak! Hahaha!

Kalau korang takde kertas serap minyak, boleh guna tisu basah jugak. Sediakan siap-siap dalam beg, nak ke mana-mana senang! Kalau korang biarkan minyak dengan peluh kat muka lama-lama, boleh jadi jerawat tau. Sebab tu kena lap muka selalu!

6. Jangan lupa pasal bibir

Bibir yang terdedah pada suhu sejuk yang melampau seksa beb, boleh menggelupas dan susah nak makeup serta nampak tak cantik! Make sure korang pakai pelindung bibir iaitu moisturizing balm yang mengandungi SPF. Jangan fikir cuaca sejuk, tak semestinya cahaya matahari tak boleh rosakkan bibir korang tau!

7. Pakai mask bila atas flight. Sebab apa?

Korang tau tak bila berjam-jam dalam flight, tekanan atas udara dan duduk bawah aircond dalam tempoh lama boleh buat kulit muka kering dan dehydrated. Cara nak bagi korang sentiasa hydrate adalah dengan pakai topeng muka. Sambil tu korang boleh tidur! Beli lah jenama apa pun, asalkan ia boleh bantu korang hidrat semula!

8. Bawa topi & kaca mata hitam. Wajib untuk perlindungan dari sinaran matahari!

Kalau dah sapu sunblock atau pelembap sekalipun, korang still kena pakai topi dengan kaca mata hitam jugak untuk perlindungan berganda. Lagi pun, bila lagi nak bergaya? Takkan waktu hujan pakai kaca mata hitam kot?

9. Bawa facial essence untuk segarkan kulit muka

Bawa apa-apa jenis facial essence yang mengandungi ekstrak semula jadi untuk kesan terbaik pada kulit muka korang. Kalau korang nak tau, facial essence ni mampu membantu memperbaiki dan memperbaharui permukaan kulit tau!

Tepek facial essence sebelum keluar berjalan masa kat sana. Secara perlahan, ia akan mengurangkan bintik hitam, kedutan, memberi perlindungan dan menjadikan tekstur kulit muka korang supaya lebih halus. Confirm kulit korang sentiasa terjaga, tak payah risau dah!

Cakap pasal facial essence, korang tau tak botol facial essence SK-II edisi terhad dah berwajah baru?

Facial essence paling bagus dan digemari ramai, SK-II Facial Treatment Essence dah bertukar wajah! Kini, ada edisi baru iaitu Change Destiny! Wow!

Perasan tak? Rekaan dan corak botol baru diorang yang baru sekarang ni lagi lawa dari dulu! Check out laman web SK-II kalau nak tengok!

Jangan tunggu lama-lama, sebab 3 corak baru ni hanya boleh didapati sehingga 31 Disember 2017 je. Cepat guys!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×