berita

Nak Travel, Tapi Takde Duit? Nah..Cuba 5 Cara Pasti Jadi Ni..

March 20th, 2018 | by Nurul
Sponsored Post

Selalu bila tengah scroll Facebook atau Instagram tu mesti keluar 2, 3 keping gambar kawan-kawan kita tengah travel. Pergi oversea pulak tu! Aduhh..jealous pulak.

Kadang-kadang tu mesti terfikir, macam mana dorang boleh selalu travel ni. Banyaknya duit diorang ni. Kita ni pulak, asyiklah tak cukup duit. Sampai bila-bilalah nampaknya tak kemana.

Chop! Nanti dulu, jangan sedih-sedih. Sebenarnya, ada je caranya untuk korang simpan duit. Meh baca ni..

Teknik paksa rela ( simpan dalam ASB)

Rasanya, ramai dah tahu pasal kebaikan bila menyimpan kat ASB ni. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB jugak salah satu cara untuk korang tak sesuka hati withdraw duit simpanan.

Kalau nak keluarkan jugak, kena pergi bank atau pejabat pos. So, proses dia yang rumit tu akan buatkan kita jadi malas nak keluarkan duit tu. Selain tu, dividen yang diberikan agak tinggi. Lagi banyak korang simpan, lagi banyaklah korang dapat!

Teknik duit ganjil


Sejak viral dulu, memang ramai dah yang berjaya simpan duit dengan cara ni. Admin pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil ni. Caranya, setiap kali korang ada duit yang berjumlah ganjil seperti RM5 atau RM20, korang asingkan siap-siap dalam tabung ataupun sampul dan jangan guna duit tu langsung.

Mula-mula tu memang susah sikit sebab rasa macam geram je nak guna duit yang kita dah asingkan tu. Tapi, bila fikir nak pergi travel punya pasal, terus tekad dalam hati tak nak usik duit tu.

Best woo perasaan bila kira duit yang dah kumpul tu, lepaslah nak bayar tiket flight. Siap boleh buat belanja shopping. Wohoo!

Simpan duit dalam tabung yang susah nak bukak

Dulu masa kecik, mak ayah kita selalu galakkan untuk menabung. Admin ingat lagi mak admin belikan tabung ayam. Masa tu semangat nak simpan duit dalam tabung hari-hari. Sanggup tak beli jajan, nak menabung punya pasal!

Lama-lama dah jadi satu habit pulak. Haa..menabung jugak salah satu cara mudah untuk simpan duit tau. Tapi, make sure tabung tu susah nak bukak. Yelah, kalau pakai tabung yang senang bukak tu, tak sempat penuh, korang dah korek sebab sesak!

Tapi, pastikan korang dah set target jumlah yang korang nak simpan dan bila tarikh percutian. Bila korang tengok makin dekat tarikh nak travel, lagi rasa berkobar-kobar nak menyimpan tu!

Bagi mak atau orang yang dipercayai pegang!

Haa..ada tak antara korang yang buat macam ni? Tiap-tiap bulan, asingkan sejumlah duit dan bagi mak pegang? Bila nak guna, baru mintak.

Tapi selalunya, bukan senang tau nak mintak duit yang mak kita pegang tu. Mesti dia akan serang dengan macam-macam soalan. “Nak buat apa?”, “Nak beli apa?”, “Berguna ke tak barang yang nak beli tu?”.

Macam polis pencen dah dia! Tapi ada kebaikannya. Bila mak buat macam tu, lebih terkawal perbelanjaan dan takdelah kita boros. Tau-tau, dah beribu kita simpan. Kan best tu!

Cara ni sebenarnya akan lagi berkesan kalau mak korang tu garang! Haha.

Main kutu


Siapa yang ramai geng kat ofis tu apa kata main kutu. Lagi ramai, lagi seronok dan semangat nak main kutu sebab selain dapat beranakkan duit, korang jugak dapat menyimpan.

Lepas tu, set awal-awal tujuan korang nak gunakan duit kutu tu. Contohnya, nak beli tiket flight ataupun untuk bayar hotel. Barulah duit tu korang tak bazirkan untuk benda lain.

Lagi satu, jangan lupa set giliran untuk korang dapat duit kutu tu tau! Pastikan giliran korang untuk dapat duit kutu tu seiring dengan tarikh percutian. Barulah senang hati nak berjalan!

Jom rebut promosi hebat pakej pelancongan & pelayaran ekslusif ni!

Duit korang masih tak cukup? Tapi teringin sangat nak bercuti.. Haa..meh kami bagitahu satu cara untuk korang bercuti tanpa perlu susah-susah kumpul duit.

Maybank kini menawarkan pakej pelancongan eksklusif bersama Reliance and PYO Travel iaitu Promosi Reliance and PYO Travel Spend & Win Barcelona Trip 

Dengan promosi ni, korang dapat nikmati penjimatan eksklusif untuk pakej pelancongan dan pelayaran di beberapa lagi tempat menarik dengan kad Maybank korang tau!

Jom tengok pakej-pakej hebat yang kami katakan tu:

11 Hari ke Itali, Greece dan Montenegro dengan MSC Musica 

Kalau korang sukakan seni binaan bangunan lama, pantai yang cantik dan bandar yang bersejarah, pakej ke Itali, Greece dan Montenegro ni memang untuk korang!  Pakej ini termasuk penerbangan, hotel, lawatan ke tempat menarik dan banyak lagi!

5 Hari ke Singapura – Pulau Pinang – Phuket – Singapura dengan Royal Caribbean Voyager of The Seas (bertolak dari Singapura)

Inilah masanya untuk korang enjoy sambil makan pasembor di Pulau Pinang, menikmati keindahan pantai di Phuket dan shopping di Singapura. Wah..memang bercuti sakan ni!   

Tempoh perjalanan untuk pakej ni adalah pada 14 Mei, 11 Jun dan 15 Jun 2018. Jadi, tempahlah sekarang!

10H/8M dengan Royal Caribbean Symphony of the Seas (bertolak dari Kuala Lumpur)

Nikmati percutian mewah korang ke negara-negara Mediterranean Barat di atas cruise yang terbesar di dunia ni!

Pakej ini termasuk penerbangan pergi dan balik, makanan, lawatan ke tempat menarik, luggage bag percuma dan banyak lagi!

Nak menang percutian percuma untuk 2 orang ke Barcelona?

Macam ni caranya:

Dengan Pelan Ansuran 0% EzyPay Maybank, korang juga boleh melanjutkan tempoh tempahan perjalanan sehingga 24 bulan!

Yang lagi best, korang juga akan menikmati:

  • 2 tiket penerbangan pergi dan balik ke Barcelona
  • Penginapan selama 3 hari
  • Tour mengelilingi Barcelona
  • Perpindahan aiport
  • Wang tunai sebanyak RM2500 dan banyak lagi!

Tempah sekarang : www.my.pyotravel.com/mbb

Tempoh sah promosi: Kini  hingga 31 Mac 2018. 

Untuk maklumat lanjut, layari Reliance and PYO Travel Spend & Win Barcelona Trip

SKIP THIS AD ×