berita

‘Nampak Mustahil, Saya Hampir Putus Asa..’ – Surat Terbuka Ibu Sukar Hamil Kepada Anaknya Bikin Sebak

February 22nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Namun tidak semuanya aturan hidup berlangsung seperti yang dijangka. Ujian boleh datang dalam cara yang tidak disangka-sangka, termasuk jugalah soal anak.

Seorang ibu berkongsi surat terbukanya setelah beberapa kali keguguran dan mencuba untuk hamil. Surat berkenaan yang ditujukan untuk anaknya yang kini sedang membesar mendapat perhatian netizen yang berkongsi rasa sebak.

Tak senang nak hamilkan awak

Ibu berkenaan, Jasmin Hassan meluahkan rasa bersyukurnya apabila berjaya hamil dan melahirkan anaknya, Dahlia. Tambahnya, proses untuk menghamilkan Dahlia bukanlah senang dan mengambil masa beberapa tahun.

Ini gambar kita, awak juga ada dalam gambar ni, tau? Awaklah penyebab ibu nampak gemuk dan suka menjadi sebegitu. Ibu ambil masa lama sama ada nak upload ke tak gambar ni. Tak senang untuk menghamilkan awak dan ibu pernah terkesan melihat orang lain mengandung.

Bila ibu berbadan dua, walau gembira macam mana pun, ibu tidak mahu orang lain yang sedang cuba hamil untuk merasakan apa yang ibu rasa sebelum ini. Ibu tak boleh elak rasa takut kehilangan awak.

Nampak mustahil, hampir putus asa

Tapi awak akhirnya di pangkuan kami, Dahlia. Awaklah keajaiban. Awak juga kejayaan kami. Awak darah daging kami. Awaklah usaha, maruah dan kebanggaan kami.

Dan saya berharap kepada ibu-ibu yang sedang mencuba untuk hamil di luar sana, awak masih ada harapan. Walaupun nampak macam mustahil dan saya hampir putus asa, saya percaya kisah bahagia boleh berlaku. Saya harap awak jadi penyebab untuk semua orang terus mencuba.

Terima kasih Dahlia

Terima kasih Dahlia kerana menjadikan ibu seorang ibu. Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami lambat. Terima kasih kerana menguji kami dan membuat kami menghargai awak dan ibu-ibu lain yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anak. Ibu tak sempurna tapi ibu harap awak tahu betapa bermaknanya awak dalam hidup kami. Betapa Ibu dan Ayah sangat sayang padamu.

Awak semakin membesar sekarang. Semakin petah berkata-kata dan Ibu sangat mensyukuri kehadiranmu.

Sumber: Jasmin Hassan

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today