berita

‘Nasib Baik Mak Saudara Ada Koleksi Baju Pengantin Meletop..’ – Che Ta Bengang Designer Terkenal Buat Hal

February 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sememangnya merupakan antara selebriti yang bijak dalam berfesyen. Apa sahaja yang digayakannya pasti mendapat perhatian netizen. Memang vogue betul! Tidak hairanlah anaknya, Aishah turut mengikuti jejak langkahnya.

Baru baru ini, Che Ta memuat naik foto anak saudaranya yang baru mendirikan rumah tangga. Di dalam ucapannya, Che Ta mendedahkan baju pengantin yang sepatutnya dipakai anak saudaranya hari itu tidak dapat disiapkan. Dia turut mendakwa baju itu ditempah dari seorang designer terkenal, siapa agaknya ye?

Baju pengantin musnah

Selamat Pengantin Baru @fatihahfaizur .. letup baju.. Uolssss semua , hati2 na kalau nak tempah baju kawen walaupun dengan designer yg org kenai la jugak.. (sebab buat baju retis) ..anak sedaqa kami ni , tempah baju kawen 6 bulan sebelum , tapi hampeh .. malam nak kawen teqeyak balik bucu katie ya.. sob sob ..

Baju pengantin ku musnah di hanjjj kan designer oppsss.. cantik lagi baju mak pengantin .. dah la bayar berbelas ribu , dan kena buat full payment baqu boleh tgk baju ya.. dh tgk , nak alter apa pun tk dilayan .. #paymentdahdapatnyah ..

Istikharah la dulu nak tempah baju kahwin

Bunga tangan yg sepatutnya dapat pun , “sory bunga tangan tk sempat buat “.. itu ja jawapanya .. .So sapa2 yg nak kawen lg 6 bln , yg baru nak tempah baju kawen tu , istikharah dulu lah , betui ka designer ni yg aku nak tempah baju kawen , gitiew..Nasib baik la , dlm simpanan mak sedaqa pengantin ni ada koleksi baju2 pengantin yg meletup 240 kali ganda dgn bj yg ditempah dgn designer itu..

#nasibbaiknyah.. letup mcm mercun mlm new year .
@fatihinfaizur @jcw .
#sapanktaudesignermanapmtepi

Sumber : Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×