berita

Nasib Baik Tak Makan Babi

July 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sikap yang tidak sensitif penganjur dalam satu majlis di Melaka malam tadi telah menyebabkan beberapa rakan wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan hidangan daging khinzir di atas meja. Rakan wartawan dari Utusan Malaysia, Fadzly Izab terkejut dan menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan daging khinzir di meja ketika sedang membuat liputan.

Menyedari insiden itu, Setiausaha Agung Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (APDAM) akan menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri kerana menghidangkan daging khinzir di atas meja.

Bermakna semua hidangan itu tidak halal

Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging khinzir di atas meja wakil media. Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu beragama Islam selain penganut agama lain.

Sementara itu, wartawan dari Tamil Nesan Daily turut terkilan dengan tindakan penganjur dan menganggap ianya keterlaluan.

Agama Hindu tidak membenarkan penganutnya makan khinzir. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini. Tetamu yang hadir bukannya dari satu bangsa saja, mereka perlu peka dengan semua perkara ini.

Kami kesal perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan sikap tidak sensitif penganjur terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan.

Lebih mengecewakan, tiada seorang pun wakil penganjur memaklumkan jenis hidangan berkenaan, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.

Tidak menyedari kehadiran mereka

Setiausaha Agung APDAM, Chai Siong Siew berkata kejadian berlaku disebabkan salah faham antara dua pihak membabitkan penganjur dan wakil media berikutan tiada komunikasi berlaku ketika liputan.

Sebenarnya, kita ada menjemput media melalui surat jemputan, namun hanya tiga agensi akhbar berbahasa Cina yang memberi maklum balas. Jadi, kita hanya sediakan menu khinzir di meja media. Tidak sangka pada malam kejadian ramai wartawan beragama Islam dan Hindu hadir. Saya tidak menyedari kehadiran mereka kerana berucap di pentas.

Tambahnya pula, pihaknya memang membawa wartawan beragama Islam dan Hindu ke meja yang menghidangkan makanan halal jika mengetahui kehadiran mereka. Malah, mereka sudah menyediakan 5 meja VIP bersama hidangan halal itu.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×