berita

Nedim Nafi Gosip Bakal Nikah Nora Danish

January 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nedim Nazri

Kalau dilihat pada laman sosial Instagram, umum tahu pelakon cantik Nora Danish dan juga Nedim Nazri kini sedang hangat bercinta. Namun, keduanya masih mengekalkan had dan batas masing-masing serta mengambil langkah selamat untuk tidak menghebahkan status rasmi hubungan mereka.

Terbaru, menerusi Harian Metro, terdapat desas-desus mengatakan Nedim dan Nora bakal berkahwin pada tahun ini. Tidak mengiyakan soalan yang ditanya, Nedim menafikan dakwaan tersebut kerana bimbang akan memberi kesan buruk pada Nora.

Nora Danish

Biasanya kalau memberikan kenyataan kami bercinta atau mahu berkahwin, jika tiada jodoh umum cepat menjatuh hukum dan memberikan pandangan negatif.

Saya tidak kisah sekiranya orang bercakap pasal saya. Saya biasa dengan perkara seperti itu, tetapi saya rasa tidak bagus sekiranya ia memberikan kesan buruk kepada Nora. Saya tidak boleh terima perkara seperti itu.”

Nedim turut menguatkan lagi kenyataannya dengan menjelaskan mereka berdua masih fokus pada kerjaya buat masa ini.

“Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.

Bagi, yang tertanya-tanya, nampaknya Nedim sendiri sudah memberi penjelasannya sendiri. Tapi jika ditemukan jodoh mereka, kami turut tumpang gembira.

SKIP THIS AD ×