berita

Neelofa Kongsi Rahsia Kecantikan Keluarga

August 13th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Nona Raya (1)

Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri, program bual bicara, Nona bakal menampilkan segmen-segmen menarik, antaranya adalah ketahui kisah kecantikan wanita Kelantan menerusi segmen Realiti, serta ikuti pengalaman menarik dan kisah bahagia pasangan suami isteri pertama Malaysia-Palestin menerusi segmen Inspirasi.

Secara umumnya, untuk segmen Realiti, pihak Nona bakal merungkai kisah kecantikan dua buah keluarga di Kelantan, iaitu keluarga usahawan wanita terkenal, Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan serta keluarga pengacara Nona sendiri iaitu Noor Neelofa.

Nona Raya (5)

Neelofa kongsi rahsia kecantikan keluarga

Menerusi segmen Inspirasi pula, Nona bakal mengetengahkan isu menarik tentang sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Shahrina Ahmad Sharkawi, 42 serta suaminya, Hasan Rezq Al Zahar, 27.

Pasangan ini difahamkan telah bertemu jodoh pada bulan Mac lalu di bumi Gaza dan kini mereka telah kembali meneruskan kehidupan di Malaysia.

Sepanjang berada di Malaysia, mereka gemar melakukan pelbagai aktiviti amal dan rutin harian mereka adalah memasak masakan tradisi Palestin yang dipanggil sebagai Maglubah, untuk diagihkan kepada rumah anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.

Selain itu, program Nona Raya kali ini turut mengupas fesyen rekaan batik eksklusif yang dikenali sebagai Batik Nadia. Secara umumnya, rekaan batik ini merupakan pilihan orang-orang kenamaan termasuk isteri Perdana Menteri serta kaum kerabat diraja.

Untuk ketahui lebih lanjut kupasan-kupasan menarik sempena edisi khas Aidilfitri ini, jangan lupa untuk menonton program eksklusif Nona Raya pada 18 Ogos depan, tepat jam 2.00 petang, hanya di TV3.

Berikut antara beberapa foto menarik Neelofa bersama keluarga tercinta sewaktu rakaman Nona Raya baru-baru ini. Jom layan!

SKIP THIS AD ×