berita

Ibu Diminta Diamkan Diri Di Media Sosial, Elfira Loy Bergaduh Dengan Netizen?

March 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Menjadi selebriti atau public figure menjadikan tindak-tanduk seseorang itu sentiasa diperhatikan setiap masa. Apatah lagi apabila dilanda kontroversi atau isu hangat. Berita terputusnya tali pertunangan Elfira Loy mencetuskan reaksi pelbagai netizen sejak tersebar, Februari lalu.

Enggan berdiam diri, Elfira dilihat memberi respon kepada seorang netizen yang cuba ‘menasihatinya’ berkenaan isu putus tunang yang dihadapi. Apa komen Elfira agaknya?

Tak payah letak statement dekat media sosial sebab orang akan menilai

Seorang pengguna Twitter menyarankan kepada Elfira supaya meminta ibu aktres itu mendiamkan diri dari membuat apa-apa kenyataan di media sosial kerana lambat-laun orang ramai akan menilai baik buruk sesuatu isu.

Ini respon Elfira

Tambah wanita itu lagi, jika sedari awal ibu Elfira mendakwa Sufian menipu, ibu Elfira sepatutnya mengatakan perkara itu awal-awal lagi dan tidak memburuk-burukkan Sufian selepas mereka putus.

Netizen itu yang mengakui dia sebenarnya tidak menyukai Elfira mahupun Sufian namun apabila melibatkan maruah orang tua Sufian, dia merasakan perkara itu melampau. Dia juga meminta ibu bapa Elfira dan pelakon itu meminta maaf kepada bekas tunangnya itu kerana terlalu terbuka bercerita.

Tweet panjang lebar itu hanya dibalas ‘K’ oleh Elfira. Ekspresi ‘K’ kebiasaannya digunakan untuk mengatakan rasa jengkel atau ‘malas layan’ komuniti online yang berasal dari perkataan OK.

Awak pun mengata saya…

Tidak habis di situ, Elfira memetik kata-kata yang ditulis wanita berkenaan sebelum ini. Kata-kata berunsur nasihat itu menurut Elfira ingin dipercayainya, namun,  individu itu sendiri mengata dirinya.

Tanyalah mak awak

Soalan Elfira sebelum itu dibalas dengan respon wanita itu meminta Elfira bertanyakan ibunya sendiri. Sekali lagi Elfira menggunakan ‘K’ sebagai respon ringkas.

Sumber: Alexndraam  , Elfira Loy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×