Kehilangan secara mengejut pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH 370 semenjak 8 Mac yang lalu masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Walaupun amaran keras telah diberikan oleh pihak kerajaan, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi mengenai insiden tersebut masih lagi membanjiri laman sesawang.
Terkini, lirik lagu berjudul Get it Started yang dinyanyikan oleh penyanyi rap terkemuka Amerika, Pitbull dan penyanyi seksi dari Colombia, Shakira pula dikatakan mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu.
Antara adegan dalam video klip Get It Started
Khabar ini mula tersebar di laman sosial apabila perenggan ketiga dalam lirik lagu tersebut ada menyertakan beberapa perkataan atau klu yang secara kebetulan ada kena mengena dengan insiden tersebut.
Lirik lagu yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370
Netizens sudah mula kecoh membicarakan perkara ini di laman sosial dan mempersoalkan lirik lagu yang mungkin secara tidak sengaja ada sedikit kaitan dengan fakta kes insiden tersebut.
Malah, mereka juga mempercayai bahawa satu agenda konspirasi terancang telah disimbolikkan menerusi lirik lagu tersebut.
Berikut kami sediakan pula beberapa laporan di beberapa akhbar perdana mengenai misteri kehilangan MH370.
2 penumpang guna pasport curi didakwa warga Iran – BBC
KUALA LUMPUR: Dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 dari KLIA menuju ke Beijing yang hilang pada Sabtu lalu didakwa sebagai warganegara Iran, menurut laporan BBC Persia.
Menurut laporan tersebut, rakan kepada kedua-dua penumpang itu yang juga merupakan warga Iran mendakwa, dia telah membantu mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran, beberapa hari sebelum penerbangan mereka ke Beijing.
Paspot Curi- The Financial Times
Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.
Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama “Encik Ali”.
Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.
Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
Namun, ada juga yang membangkang spekulasi tersebut dan mendakwa ianya merupakan sekadar teori berdasarkan imaginasi mereka sahaja.
Untuk makluman, lirik lagu berentak pop yang dilancarkan pada 28 Jun 2012 ini dihasilkan dengan gabungan idea beberapa orang komposer seperti Durrell Babbs, DJ Buddha, Sidney Samson, Marc Kinchen, Kris Stephens dan lain-lain.
Apapun, bagi kami lirik tersebut adalah hanya satu kebetulan dan ianya tidak seharusnya dijadikan bahan ekperimental atau sewaktu dengannya. Daripada terus mencipta teori sendiri, lebih baik mendoakan yang terbaik untuk MH37O.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya mempercayai informasi yang dikeluarkan daripada sumber yang rasmi sahaja.