berita

Ngauman Hebat!

August 30th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Melangkah lebih lincah dan tampil garang dengan corak harimau yang semakin menjadi ikutan ramai dimana  gabungan rona warna dan corak tersebut mampu memberikan keunikan kepada si pemakai. Tampil dengan imej garang dan pantas persis harimau kumbang bakal mendapat perhatian daripada seluruh penahan mata yang memandang. Roarrrr!

Melihat si pemakai tampil dengan corak harimau ibarat memberikan ngauman kepada setiap mata yang memandang.

Tambahan pula hasil gabungan corak harimau dengan penggayaan yang dilakukan sesuai dengan personaliti yang ditonjolkan.

Blouse kembang dipadankan dengan tali pinggang daripada Moschino ini menampilkan aura kemewahan si pemakai disamping mengabungkan beg tangan dan sepatu rendah daripada rona warna ceria.

Aksesori tambahan seperti kaca mata dengan sedikit solekan tipis mampu menaikkan aura kemewahan dalam pengayaan sesorang gadis tersebut.

Bagi si cantik yang ingin tampil penuh ranggi tetapi kekal menawan tatkala melangkah untuk aktiviti luar. Jaket bercorak harimau yang menarik ini digunakan sebagai penambah keserian si cantik apabila melakukan langkahan.

Jaket bercorak hitam putih ini dipadankan dengan baju polos putih serta seluar pendek hitam yang warnanya senada dengan beg tangan dan sepatu tinggi mampu menonjolkan sifat keperibadian si pemakai yang stailista.

Bagi si pencinta fesyen, aksesori menarik seperti rantai dan gelang serta kaca mata mampu memberikan imej segar lagi menawan.

Penggunaan kain labuh bercorakkan kulit harimau mampu menyerlahkan aura santai dalam penggayaan kepada kehidupan seharian. Corak berasaskan kulit harimau ini menyerlahkan nilai esotik si gadis untuk melangkah lebih megah.

Kombinasi kain labuh dipadankan dengan kemeja putih lembut untuk menaikkan seri corak tersebut disamping menggunakan aksesori tambahan seperti beg tangan daripada rona warna coklat.

Kombinasi yang dilakukan menyerlahkan imej personaliti wanita berkerjaya untuk melangkah dengan lebih berani.

Setiap wanita tidak kira usia pasti mahu kelihatan cantik, kemas dan rapi sebaik sahaja melangkah ke luar rumah.

Ini kerana sedikit sebanyak imej yang ditonjolkan melambangkan peribadi si pemakai. Bagi si pemakai yang ingin tampak Seksi dan menggoda, seluar ketat bercorakkan kulit harimau ini boleh membantu.

Bagi wanita yang mementingkan nilai eksklusif, seluar panjang ini boleh digabungkan dengan baju belahan seksi berwarna hitam bagi memberikan imej ketegasan dalam penggayaan. Hasil gabungan beg tangan hitam dan sepatu daripada warna senada menyerlahkan personaliti si pemakai.

SKIP THIS AD ×