berita

Nikmati Acara Kesenian & Kebudayaan Di BAS KL Sempena Cuti Sekolah, Boleh Menang Hadiah!

March 13th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Sempena cuti sekolah bakal tiba, Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) telah mengumumkan pelancaran Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BAS KL) di Galeri Seni Kebangsaan bagi membuka peluang kepada masyarakat menikmati acara kesenian dan kebudayaan. Acara ini akan berlangsung pada 17 Mac hingga 1 April tidak lama lagi.

Terdapat 14 lokasi tarikan kebudayaan yang terlibat dalam program BAS KL. Anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah dengan hanya berkunjung ke lokasi yang disenaraikan. Tapi kena ikut syarat yang ditetapkan, baru korang boleh menang hadiah!

Isi masa lapang dengan kesenian

14 lokasi kesenian

Balai Seni Negara

Jadi Batek

Lost in Chinatown

Muzium Ilusi 3D

Galeri Bandar KL

Dewan Filharmonik Petronas

Kuala Lumpur Performing Arts Centre

Galeri ILHAM

Galeri Petronas

R!UH

Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia

Carcosa Seri Negara

Muzium Kesenian Islam Malaysia

MaTiC (Pusat Pelancongan Malaysia)

Menang hadiah menarik!

Mudah saja, hanya ikuti langkah yang tertera diatas dengan mengimbas scan kod QR disetiap lokasi. Kumpul sebanyak mungkin imbas kod QR untuk memenangi minuman Tealive, baucer KFC dan pakej penginapan di Hotel Journal, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang ini.

Anda boleh melayari laman web rasmiĀ CENDANA BAS KL untuk lebih info menarik!

B-15-01, PJ Trade Centre

No. 8 Jalan PJU 8/8A,

Bandar Damansara Perdana,

47820 , Selangor Darul Ehsan.

Most Read Today