berita

Noryn Aziz Sahkan Sudah Lebih 2 Tahun Berkahwin

August 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada yang mengikuti perkembangan selebriti tempatan kita, anda pasti sudah tahu mengenai status Noryn Aziz kan? Sebelum ini timbul desas-desus mengenai status Noryn Aziz yang sudah berkahwin namun selebriti ini sendiri tidak mengesahkannya. Noryn Aziz yang pandai menyembunyikan hal peribadinya kini akhirnya mengaku bahawa dia sudah lebih 2 tahun berkahwin.

Menurut Noryn, dia sebenarnya telah melangsungkan majlis perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 22 Januari 2010 bertempat di Terengganu.

Bukan mahu mengenepikan pihak media ataupun bersikap sombong, Noryn dalam kenyataannya kepada Kosmo! hari ini memberitahu bahawa dia berbuat demikian atas alasan menghormati keluarga suaminya.

“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai. Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini.” – Noryn Aziz dipetik dari Kosmo!.

SKIP THIS AD ×