berita

Nostalgia : Poster “Kanta Serigala”, Filem Lakonan Didie Alias & Faizal Hussein Ketika Muda!

July 6th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Kepada para pembaca yang sudah berumur 30 tahun dan keatas, anda mungkin pernah menonton filem “Kanta Serigala” yang ditayangkan pada tahun 1991, tapi bagaimana pula dengan yang lain?

OHBULAN! pasti kalau ada pun yang berumur dibawah 30 tahun, pasti anda menontonnya secara tidak sengaja bukan?

Filem lakonan Didie Alias, Faizal Hussein, Rosyam Nor, dan Raja Nor Baizura ini suatu masa dahulu pernah menggegarkan pawagam dengan aksi ngeri didalam filemnya. Namun itu cuma suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Apa yang OHBULAN! tertarik sebenarnya disini adalah wajah Didie Alias 21 tahun lepas, nampak ranggi dan mantap bukan? Rugi pula rasanya tak sempat menonton Didie Alias berlakon ketika dizaman muda remajanya.

Untuk pengetahuan, filem ini telah diarahkan oleh pengarah, Hussein Abu Hassan dan pada waktu itu, Rosyam Nor hanya memegang watak pelakon pembantu sahaja. Klasik kan?

Mari lihat beberapa keping lagi foto ya!

SKIP THIS AD ×