berita

‘Orang Bukan Tak Suka Badang Tapi Orang Tak Suka Aliff Syukri….’ – Netizen

February 20th, 2018 | by Shafika
Filem Tempatan

Sejak kebelakangan ini heboh mengenai filem Badang lakonan Dato’ Seri Aliff Syukri yang mula ditayangkan pada 15 Feb yang lalu. Filem ini mendapat pelbagai kritikan sama ada dari segi pemilihan watak mahupun jalan ceritanya yang dikatakan tiada fokus. Netizen mula membahaskan perkara ini kerana hasil pembikinan filem yang tidak memuaskan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook (Mufarwa Farid) memuatnaik satu status yang mencadangkan faktor rasional mengapa filem ini kurang mendapat sambutan.

‘Orang bukan tak suka Badang, tapi orang tak suka Aliff Syukri’

Dengan mengambil contoh karya dari Marvel iaitu Batman VS Superman, Mufarwa Farid mengatakan bahawa filem Badang ini gagal mungkin disebabkan oleh faktor pemilihan hero yang salah. Aliff Syukri tak ada ciri-ciri seorang superhero pun baginya seperti tubuh yang sasa, tahu serba sedikit mengenai seni pertahan diri dan tinggi lampai. Ben Affleck yang hebat macam tu pun boleh kena ban sebab penonton tak setuju dengan watak yang dipegang olehnya dalam BVS.

‘Aliff Syukri lebih sesuai pegang watak villain’

Hero yang lebih gagah dan biasa dengan filem aksi mungkin lebih sesuai diangkat menjadi watak utama. Aliff Syukri sebenarnya lebih elok membawa watak jahat kerana tak perlu pandai berlawan pun dan mungkin boleh ambil contoh dari beberapa filem yang lebih hebat? Watak villain pun sebenarnya popular juga dalam kalangan penonton seperti Joker dari filem Batman.

‘Pilihan filem superhero yang lebih berkualiti’

Mungkin unsur humour menjadi faktor kedua yang menyebabkan filem ini tidak mendapat sambutan. Filem ini ditayangkan hampir bersamaan dengan tarikh bagi filem Black Panther yang lebih serius dan lebih berfokus bagi jalan ceritanya.

‘Marketing tak seberapa’

Betul juga kalau difikirkan filem Badang ini sangat kurang dipromosikan sepanjang pembikinan dan sebelum keluar secara rasmi di pawagam. Bagi admin, faktor lain pun sebenarnya banyak mempengaruhi kutipan bagi filem ini. Namun, filem Malaysia boleh dihasilkan dengan lebih berkualiti jika pihak produksi mampu mengkaji permintaan penonton terhadap genre dan mood cerita yang ingin dihasilkan.

Credit: Mufarwa Farid

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×