berita

Orang Buta Kalau Lihat Gambar Itu Pun Tahu Saya Tidak Bercium – Rozita Che Wan

May 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-20 at 11.21.17 AM

Nampaknya kehidupan rumahtangga Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak pernah lekang daripada kontroversi. Mana taknya, ada sahaja isu yang dilihat tidak senang di mata peminat.

Bermula dengan foto mesra sedang berbaring di atas katil, kini foto percutian mereka di Paris pula menjadi buah mulut orang ramai.

Artikel Berkaitan: Giliran Rozita Che Wan Belanja Gambar Romantis Dengan Suami. Trend Masa Kini?

Bagaimanapun, menerusi temubualnya dengan Kosmo! Online, pelakon berusia 41 tahun ini menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa di dalam foto tersebut, dia dan suami hanya berpandangan dalam jarak yang dekat.

Screen Shot 2014-05-20 at 11.20.22 AMGambar ‘bercium’ yang menjadi kontroversi

“Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium.

Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.”

Tidak ambil peduli dengan kritikan para pengikut di laman Instagram, Che Ta mengatakan bahawa dia tidak serik untuk memuatnaik foto dia dan suaminya di laman sosial itu.

“Sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram.

Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini. Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata.

Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya. Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.”

Screen Shot 2014-05-20 at 11.24.51 AM

Rambut perang Zain juga dikritik hebat oleh orang ramai

Namun, wanita yang kini sedang hamil itu menafikan bahawa dia ada memaki hamun peminat yang mengkritik rambut perang Zain, sebaliknya hanya meninggalkan komen bagi membetulkan fakta.

“Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.

Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri Oh My English musim ketiga.”

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×