berita

‘Orang Luar Mungkin Fikir Saya Masih Mengharapkan Kamal, Tetapi Hakikatnya..’

July 9th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Cantik, comel dam kelakar.. Siapa sahaja yang tidak inginkan teman hidup seperti pelakon, Emma Maembong. Terbaru selepas mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untu terima pinangan sesiapa sahaja, dia telah berkongsi bahawa laman sosial media miliknya dipenuhi dengan mesej peribadi lelaki yang ingin melamarnya.

Walaupun begitu, bagi anda yang ingin pasang niat untuk melamar Emma, baca penjelasan pelakon ini. Ingat senang ke?

Terkejut ramai lelaki ingin melamar Emma Maembong

Walaupun Emma keluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk terima pinangan dari sesiapa sahaja, Emma berkata tidak semudah itu untuk dia membuka hatinya. Lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan Kamal Adli sejak Oktober tahun lalu.

Saya terkejut apabila ramai lelaki yang mahu melamar di laman sosial, sedangkan saya hanya berseloroh.

Apabila menyentuh soal teman hidup, sudah tentu saya mahu terlebih dulu mengenali lelaki yang bakal sehidup semati dengan saya.

Lelaki itu juga perlu berani bertemu ayah saya kerana dia adalah insan nombor satu dalam hidup saya.

Tambah Emma, dia masih kekalkan hubungan baik dengan bekas kekasihnya, malah Kamal turut datang untuk melawatnya di Kuala Terengganu ketika Hari Raya. Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Mungkin ada sesetengah peminat pelik kerana saya yang masih berbaik dengan bekas kekasih. Bukan hanya Kamal, saya juga masih baik dengan Zizan Razak dan seorang lagi jejaka yang pernah hadir dalam hidup saya.

Apa juga yang pernah terjadi antara kami, mereka pernah memberikan kebahagiaan dan kemanisan dalam hidup ini. Saya tidak mahu membenci insan yang pernah hadir dalam hidup.

Mereka pernah menjaga dan melayan saya dengan baik, cuma takdir menentukan kami tiada jodoh.

Masih ada hubungan baik dengan keluarga Kamal Adli

Bagi Emma, dia serahkan segalanya pada takdir. Dia juga tidak menafikan bahawa dia masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga Kamal, terutama sekali ibunya. Cuma kini pintu hatinya masih belum terbuka untuk menerima cinta lelaki lain.

Orang luar mungkin fikir saya masih mengharapkan Kamal, tetapi hakikatnya tidak. Memang Kamal ada melakukan kejutan pada hari jadi saya yang lalu, malah saya juga melakukan perkara yang sama.

Berbeza Kamal yang lebih sukakan privasi, saya pula akan memuat naik gambar di laman sosial sebagai tanda penghargaan. Bukan hanya pemberian Kamal, tetapi juga daripada teman lain. Itu cara saya menghargai insan yang hadir dalam hidup ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today