berita

OSCAR Enggan Iktiraf Anak Rosmah – Kerana Riza Sekadar ‘Orang Berduit’, Bukan ‘Orang Kreatif’

March 4th, 2014 | by Ai
Hollywood

EE British Academy Film Awards 2014 - Red Carpet Arrivals

Riza (kiri) bergambar dengan Leonardo DiCaprio dan Joey McFarland

Dengan berakhirnya majlis anugerah berprestij Hollywood, Oscar atau lebih dikenali sebagai Annual Academy Awards ke-86, penonton dapat melihat filem The Wolf of Wall Street tercalon untuk kategori Best Picture, Directing dan Writing.

Bagaimanapun disebalik pencalonan tersebut, terdapat beberapa kontroversi yang menghalang anak kepada Rosmah Mansor, Riza Aziz daripada disenaraikan sebagai salah seorang individu yang layak diiktiraf di Oscars menerusi kategori Best Picture. Ini bermakna Riza tidak dibenarkan naik ke atas podium bagi menerima anugerah yang dicalonkan.

Difahamkan pada awalnya syarikat produksi Red Granite yang dimiliki oleh Riza Aziz telah menyenaraikan beberapa nama untuk menerima anugerah tersebut terdiri daripada Riza sendiri, rakan kongsinya, Joey McFarland dan penerbit bersama Emma Tillinger Koskoff.

wolf_of_wall_street_poster_1-e1387904107843

Namun selepas beberapa perbincangan dibuat, pihak Academy akhirnya mengumumkan pengarah filem berkenaan, Martin Scorcese dan pelakon utamanya, Leonardo Di Caprio lebih layak menerima penganugerahan itu di samping McFarland dan Koskoff.

Hal ini berlaku kerana Riza didakwa bukanlah individu kreatif yang menghasilkan filem berkenaan sebaliknya dia hanyalah penyumbang modal terbesar kepada filem popular tersebut.

Malah, pencalonan Riza juga dikhabarkan membangkitkan rasa tidak setuju di kalangan penggiat filem kerana mereka mendakwa individu yang mempunyai dana besar berpeluang merampas peranan kreatif industri hiburan di Hollywood berbanding mereka yang berkarya secara tulus kerana minat mendalam.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga pendapat yang disampaikan oleh salah seorang penerbit di Hollywood mengatakan McFarland dan Riza Aziz masih terlampau baru dan belum cukup pengalaman di dalam bidang berkenaan.

Mereka adalah pembiaya tetapi juga telah mendapat kredit sebagai penerbit. Kredit penerbit diberikan kepada Riza, Joey dan beberapa penerbit lain tetapi keseluruhan kerja dilakukan oleh mereka yang bekerja untuk Red Granite dan penerbit lain. – Senior Hollywood Producer

Untuk pengetahuan anda, seorang produser dari Hollywood, Alexandra Milchan merupakan individu pertama yang mengeluarkan idea untuk menghasilkan The Wolf of Wall Street sebelum dia menjual karya kontroversi berkenaan kepada Red Granite.

the-wolf-of-wall-street-8

Antara babak kontroversi dalam The Wolf of Wall Street

Alexandra Milchan yang wujudkan idea berkenaan, mendapat kelulusan untuk menampilkan kisah Jordan Belfort (watak broker yang dipegang oleh Leonardo DiCaprio), memilih Terry Winter sebagai penulis skrip dan mengawal keseluruhan projek sehinggalah Warner Bros mengambil alih. Dia juga yang memilih Leonardo sebagai watak utama daripada ramai pelakon berbakat yang lain dan mendapatkan khidmat Martin Scorcese sebagai pengarahnya.

Selepas Warner Bros enggan meneruskan projek berkenaan, Milchan kemudiannya menjual keseluruhan projek kepada Red Granite. Ianya adalah pengetahuan umum. Memang semua penerbit akan buat begitu tapi Red Granite hanya membeli tanpa melalui proses penghasilan filem berkenaan. Mereka bukan penerbit sebaliknya mereka adalah pembiaya.

Setakat ini, strategi perniagaan Red Granite hanya melibatkan jual beli dan membiaya projek filem yang telah sedia dijalankan oleh pihak professional yang sebelum ini menarik diri dari meneruskan projek berkenaan.

Riza dan Joey mendakwa mereka mempunyai dana yang cukup untuk menampung projek bernilai ratusan juta yang mana kebanyakan studio produksi terkenal enggan terlibat kerana beranggapan projek itu berisiko tinggi.

Kebanyakan penerbit di Hollywood juga tertanya-tanya dan musykil dengan kewujudan dana yang diperoleh oleh Red Granite sedangkan kebanyakan pembikin filem di sana terkontang-kanting mencari peruntukan bagi menghasilkan produk terbaru.

Ramai yang ingin mengenali mereka dan mendapatkan akses dana bagi menghasilkan filem. Orang tak bertanya banyak soalan, kewangan biasanya datang daripada sumber yang luarbiasa. Tapi dari mana mereka dapat duit sebanyak itu? Itu yang semua orang di Hollywood nak tahu.

Meskipun demikian, pihak Red Granite telah meluahkan rasa lega apabila filem terbitan mereka diberi penghargaan oleh pihak Academy selepas majlis anugerah tersebut melabuhkan tirainya semalam.

Kami teruja apabila Academy telah mengenalpasti sumbangan yang tidak ternilai oleh Marty, Leo, Joey dan Emma yang mewakili The Wolf Of Wall Street. Riza Aziz dan Red Granite kekal sebagai sebahagian daripada produksi. – Deadline

Sumber : Sarawak Report

SKIP THIS AD ×