berita

‘Otak Jangan Simpan Buat Jeruk’ – Disangkakan Islam, Editor Hentam Balik Mamat Komen Isu Pakai Salib

January 21st, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Di era media sosial ini, ramai yang bersifat terbuka dalam memberikan pendapat dan komen masing-masing. Kelantangan netizen dalam melontarkan kata-kata pada kebanyakan masa cenderung untuk bersifat melulu tanpa tahu situasi sebenar atau tidak tentu pokok pangkalnya.

Baru-baru ini, seorang individu dilihat menegur seorang editor akhbar atas talian yang dianggapnya adalah seorang Muslim atas tindakan beliau mengenakan rantai berlambang salib. Komen diterimanya di Twitter ditembak kembali tepat ke sasaran sehingga individu itu menyahaktifkan akaunnya. Kan dah malu?

Disalah anggap beragama Muslim

Dalam muat naik foto editor yang dikenali sebagai Joe Lee itu, hadir satu komen yang menegur perbuatannya memakai salib haram bagi seseorang yang beragama Islam. Beberapa minit selepas itu, Joe dilihat menghentam padu teguran berkenaan dengan menyatakan dia adalah Kristian dan secara sinis menjawab:

Otak jangan simpan buat jeruk

Rata-rata menghentam balik individu berkenaan yang dikatakan pandai-pandai membuat andaian tanpa usul periksa. Malah, dia turut dilihat membela  dirinya:

Sekali lagi, Joe dilihat membalas terus respon individu berkenaan. Nampaknya, kenyataannya terlalu ‘pedas’ untuk diterima sehingga individu berkenaan nyahaktif akaun!

‘Muka cam Melayu bukan maksud agama Islam’

Joe yang menggunakan nama @klubbkidd di Twitter sambung melangsungkan rasa marahnya di platform berkenaan mengenai isunya itu:

Sebelum nak ceramah percuma kat aku pakai salib

Jangan buat andaian ikut rupa paras

Pendek kata, jangan pendek akal

Memang tidak salah untuk menegur, tetapi biarlah berasas. Jangan cepat sangat menilai atau menegur seseorang itu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Kan tidak pasal-pasal kena batang hidung sendiri.

Sumber: Twitter Joe Lee @klubbkidd

SKIP THIS AD ×