berita

Pada Saya Yang Paling Bersalah Adalah Moderator – Afdlin Shauki

May 18th, 2017 | by Wan | 6 comments
184.1K
reads
27.3K
shares
Isu & Kontroversi

Afdlin Shauki hari ini menempelak tindakan moderator yang gagal mengawal keadaan dengan baik ketika kekecohan yang berlaku di majlis TN50 antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni tanah air semalam.

Dakwa Afdlin, tindakan moderator tersebut seolah memburukkan lagi keadaan. Kekecohan tercetus apabila Mat Over menampar David Teo yang didakwa tidak menghormati perdana menteri.

Apa tujuan burukkan keadaan

Pada saya yg paling bersalah adalah Moderator yg tak mengawal keadaan dgn baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap Kat PM ‘dia ni memang kurang ajar datuk seri!’ Apa tujuan memburuk-burukan keadaan bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yg terlalu nak menonjolkan diri.

YAB PM kita rilek aje, under control, berapa banyak bodyguard dan SB yg ada utk mengawal keadaan. Sudahlah memang org kurang respect pada org dalam industri ni…. kelakuan yg memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed zaidi kena ambil tindakan!!!

Sumber :  Afdlin Shauki

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most read today

Recommended for you