berita

Padah Tembak Kera Guna Senapang Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dipanggil Polis

January 26th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Tidak semua benda patut dikongsi di media sosial. Kadangkala, post yang dirasakan tiada salah silapnya di mata sendiri, rupanya mempunyai kesan yang tidak dijangka. Perkongsian di laman sosial itu perlu dibuat secara berhati-hati untuk mengelakkan impak negatif kemudian hari.

Tindakan Hairul Azreen berkongsi videonya menggunakan senapang patah bapa saudaranya pada 2016 menyebabkan pelakon itu menerima padahnya. Tapi sudah 2018, sekarang baru ada yang perasan ke?

Video 2016 viral beberapa hari lalu

Menurut laporan Harian Metro, polis melakukan siasatan selepas video berdurasi 49 saat yang bertarikh Julai 2016, viral di Youtube beberapa hari lalu. Selain Hairul Azreen, bapa saudaranya turut dipanggil untuk menyiasat kes itu.

Dalam video berkenaan, Hairul melepaskan tembakan menggunakan senapang patah tanpa lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Jerman, Sitiawan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis akan meneliti keterangan diberikan Hairul sebelum memutuskan untuk menahan reman aktor berkenaan bagi membantu siasatan atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Tembak kera belakang rumah

Menurutnya, bapa saudara Hairul yang juga pemegang lesen senjata berkenaan sudah hadir ke IPD Perak Tengah semalam dan memberikan keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya.

Katanya, polis merampas senapang patah berkenaan dan 29 butir peluru dimiliki bapa saudara Hairul sehingga siasatan selesai.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×