berita

Latest Posts

K-Pop : Super Junior Berjaya Jual Lebih 200,000 Salinan Album Ke-6

August 8th, 2012 | by Ai | 2 comments
Hollywood

200,000 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Namun, itulah jumlah salinan album “Sexy, Free & Single” yang telah terjual semenjak ia dilancarkan dan ini merupakan satu lagi pencapaian Super Junior apabila berjaya mengatasi kesemua jualan album artis yang lain.

Menurut Hanteo, album ke-6 Super Junior ini adalah satu-satunya album yang telah berjaya terjual lebih dari 200,000 keping salinan. Dengan jumlah jualan yang mengujakan, Super Junior sekali lagi berjaya meletakkan diri mereka sebagai kumpulan K-Pop nombor satu di Korea.

Dengan jumlah jualan sebegini, penganalisis jualan album tidak menafikan jika mereka sekali lagi berjaya menjual lebih 500,000 salinan album seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan album kelima mereka, “Mr. Simple”. Jadi, kepada peminat K-Pop diluar sana, apa tunggu lagi? Dapatkan salinan album “Sexy, Free & Single” anda sekarang!

Nicki Minaj Ber ’bodysuit’ Di Vegas!

August 8th, 2012 | by Ai | 0 comments
Gaya Hidup

Pelik , unik, seksi dan cantik. Itulah yang boleh digambarkan tatkala menyaksikan pakaian yang diperagakan oleh Nicki Minaj dimana sedikit sebanyak menyimpang dari konsep ‘Hip Hop’.

Terkenal dengan pemakaian warna yang berani serta gaya yang luar biasa, Nicki Minaj yang penuh dengan isu kontroversi itu tampil sekali lagi mendapat bualan hebat terhadap gaya pemakaiannya.

Nicki Minaj memperhiasi tubuh badannya dengan pakaian berkonsepkan ‘bodysuit’ jalur-jalur berwarna merah jambu marak dan hitam untuk persembahan di pentas Las Vegas.

Dengan pemilihan warna merah jambu marak yang merupakan warna kegemarannya, Nicki Minaj juga menggabungkan pakaian ‘bodysuit’ tersebut dengan seluar pendek denim dan baju polos berjenama The British yang juga merupakan label jenama kegemaran Rihanna.

Hasil kombinasi pakaian dan anting-anting yang besar serta padanan rambut kerinting mencecah ke bahu berwarna perang itu, Nicki Minaj sekali lagi mendapat panahan mata ramai pihak.

Koboi Wanita Ala-Ala Lindsay Lohan!

August 8th, 2012 | by Ai | 0 comments
Gaya Hidup

Kontroversi yang hangat pasti tidak lekang daripada seorang artis antarabangsa ini iaitu Lindsay Lohan atau lebih mesra dengan panggilan Lilo.

Baru-baru ini artis tersebut mengunjungi Shore Bar di Santa Monica, Los Angeles dengan berpakaian seksi ala-ala koboi wanita.

Lilo yang berusia 26 tahun itu memadankan topi koboi putih berikat dengan reben hitam dan ‘dress’ hitam pendek bersama jaket hitam kulit rumbai.

Aktres Mean Girls ini sering mendapat perhatian dari segi gaya pemakaian beliau sehingga kepada perwatakan yang ditonjolkan.

Beliau yang tampil menawan dan seksi itu mendedahkan bahagian kakinya dengan menyarung sepatu tinggi hitam yang menarik. Yeewwhaww !

Paris Hilton Bermesra Dengan Lelaki Misteri Di Tepi Pantai

August 8th, 2012 | by Ai | 0 comments
Hollywood

Selebriti terkenal, Paris Hilton baru-baru ini dikatakan telah bercuti ke Prancis bersama seorang lelaki misteri. Selebriti wanita berusia 31 tahun ini dikatakan kelihatan bermesra dengan lelaki misteri tersebut di salah sebuah pantai di sana. Dalam situasi tersebut, sumber mengatakan, Paris Hilton kelihatan sangat seksi dengan memakai “bikini” berwarna hitam.

Menurut sumber yang memberitahu pihak media TMZ, lelaki misteri yang dikatakan bersama Paris Hilton itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Eropah dan mereka sudah lama berkawan.

Gosip baru ini timbul setelah beberapa bulan yang lalu, terdapat khabar angin mengatakan Paris Hilton telah keluar bersama DJ Afrojack, yang mana lelaki tersebut dikatakan telah membantu Hilton mencipta muzik terbaru untuk beliau.

Sebelum ini Paris Hilton difahamkan pernah menjalinkan hubungan serius dengan Cy Waits, dan hubungan tersebut telah berakhir pada bulan Jun 2011 selepas setahun mereka menjalinkan hubungan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai selebriti wanita ini, di mana beliau dikatakan sentiasa kelihatan “hot” dan “gorgeous,” oleh itu beliau tidak perlu risau untuk mencari pasangan.

Selain seorang pelakon, penyanyi dan model, Paris Hilton juga merupakan seorang ikon fesyen terkenal, di mana beliau memiliki jenamanya tersendiri dan mengeluarkan barangan keperluan wanita seperti  minyak wangi, beg tangan, jam tangan dan kasut. Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.

Rebelle Taruhan Rihanna!

August 8th, 2012 | by Ai | 0 comments
Trendsetter

Menampilkan mutu persembahan yang terbaik dengan gaya penampilan yang amat luar biasa menjadi identiti personaliti artis antarabangsa iaitu Rihanna.

Rihanna seorang penyanyi professional telah menghasilkan haruman wangian kedua berjenama Rebelle by Rihanna yang merupakan jualan produk wangian yang terlaris di UK.

Bermula Februari lalu, minyak wangi tersebut dijual melebihi 2 juta botol dan bakal berpotensi mencipta rekod terjual 4 juta sebelum akhir tahun.

Menurut rihanna, minyak wanginya berasaskan ‘taking control but still being a lady’ yang juga diformulasikan daripada unsur romantik dan feminin tetapi wujud satu unsur ingkar.

Rebelle by Rihanna didatangkan khas dengan botol berbentuk kon yang diinspirasikan daripada bentuk tumit tinggi seksi dan direkabentuk untuk menawan hati si pemakai.

Bagi mereka yang obses untuk kekal harum seperti Rihanna, semburan daripada Rebelle by Rihanna ini merupakan haruman wangian yang menyegarkan.

Ianya merupakan minyak wangi kedua yang dipasarkan selepas minyak wangi Britney Spears (Midnight Fantasy), Jennifer Lopez (Glow), Beyonce (Heat) malah Victoria Beckham (Intimately Beckham).

Misha Omar Kahwin Tahun Depan?

August 8th, 2012 | by Ai | 1 comments
Kini Trending

Selepas menangguhkan perkahwinan bersama tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, Misha Omar tampil membuat pengakuan bahawa tunangnya yang juga seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu bukan lelaki idamannya.

Menerusi portal hiburan Gua.com, Misha Omar mengaku bahawa beliau suka lelaki yang bersifat Metroseksual, akan tetapi ciri-ciri tersebut tiada pada tunangnya. Walaupun Firos tidak memiliki ciri-ciri lelaki idaman, Misha Omar tetap memilihnya sebagai tunang kerana Misha melihat dari  segi keikhlasan dan kebaikan hati budi yang dimiliki oleh Firos.

Menurut Misha, kalau  boleh beliau ingin menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Oleh kerana Firos terlalu sibuk dengan komitmen kerjanya, membuatkan Misha Omar tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa. Firos dikatakan kini sibuk untuk selesaikan latihan penerbangannya dan dikatakan sering tertekan.

Selain itu, Misha turut mengaku bahawa hidupnya kini bertambah seimbang selepas memegang status sebagai tunang orang. Ini kerana, orang yang dicintai sentiasa berada di sisinya. Misha turut mengaku bahawa beliau merasakan perbezaan yang ketara di dalam dirinya selepas bertunang. Firos juga dikatakan sebagai pelengkap hidupnya dan sentiasa menggembirakan dirinya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara Misha dan Firos, mereka akan berbincang dengan baik. Tambahan pula, Misha akui tempoh pertunangan ini merupakan masa yang terbaik untuk mereka belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Februari 2012 yang lalu. Majlis dijalankan secara sederhana dan tertutup di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto : D Sayang’s Photography 

Top Posts This Week